Sunday, March 15, 2009

Tiga Sahaja

Seharian aku menghabiskan masa explore Lake Awonga. Aku tak sangka plak besar nian lake ini. Banyak boat kelihatan berlegar di mana² sedangkan aku mengayuk kayak rak bagaikan orang gila. Penaaattt woooi! Angin takde la kencang mana, cuma arus dan berombak menyukarkan aku untuk kendali kayak ringan ni. Celik mata jam 6 pagi, terus masak sardin dicicah bersama roti combo air susu. Cuaca hari ini panas tetapi dingin.



*hish kereta merah buruk sape laa parking sebelah aku ni. ;p

Air boleh dikatakan jernih dan rasa air amat tawar. Setiba di sana tak tau nak gerak ke mana. Luas sangat sangat. Pemandangan memang cantik, senyum sentiasa melihat bukit bukau di blakang pemandangan air yang biru tu. Nak gerak satu tempat ke satu tempat bukannye mudah. Lenguh bahu dan pinggang sampai sekarang. Rasa badan sekarang pon masih terumbang ambing akibat ombak tadi. Seperjalanan di air, gps aku tak henti² alarm menandakan ikan di bawah air, banyak dan besar² pulak tuh. Seram pon ade jugak, amat dalam tasik ni, gps menganggarkan lebih kurang 60kaki (35m) dalamnya. Aku pulak tak ada umpan plastic yang boleh menjunam sedalam itu. Kalau guna umpan hidup confirm sepam dua ikan dah dapat dengan mudah. Jadinya aku ke tempat yang mana umpan aku boleh sampai. Tapi memang susah nak kendali joran dan menukar umpan dengan ombak dan arus yang kuat, sesekala umpan aku tersangkut di dahan pokok halus. Frust tonggeng, setiap kali tersangkut, ade je ikan melompat nak menganjing aku. Ceit. Pulak tu, anchor aku plak terlekat kat akar/pokok (snag) dalam air tu. Panas betul hati.


*Cantik betul pemandangan.


*lubuk besar tapi memerlukan skill tinggi mencelah ranting.

Bila dah lepas tengahari, perut pulak meragam. Aku dah cakap dah singgah McD beli beger buat makan tengahari tapi aku ni mmg yang tak sabar nak ke tasik ni. Mendayung kembali ke boat ramp memang menyeksakan. Terasa macam tak gerak ke mana mana walhal dayung dah mengalahkan Watson Nyambek dah.



Kesimpulannya, pemburuan misi pertama tidak menghasilkan apa². Memang memerlukan kepakaran yang tahap tinggi. Esok aku cuti. Kemungkinan akan turun lagi dengan bekalan beger skali. Akan singgah ke Information Center mintak map tasik tersebut supaya tidak sesat. Yang pasti, esok tinggal lah dua hari sahaja lagi.

No comments: