Tuesday, March 17, 2009

S.A.T.U

Uiyo esok dah last day. Cukup cerita pasal ikan. Meh kite plan ke hadapan.
Kamis ni ingat nak celik dan gerak terus keluar dari alam Gladstone ni. Ada masa dua hari sebelum Sabtu untuk menyambut kedatangan yang amat berhormat tuanku dan puanku bahagia keduli maha bonda dan ayahanda ke bumi Gold Coast. Jadinya begini plannya:


*Gladstone - 1770 - Bundaberg - Brisbane

Seventeen Seventy.
Kepada yang tak reti mengeje, bunyinya 1770. Menurut majlis perpetaan google.map.com, 1770 dari bandar Gladstone sejauh 130km sahaja dan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Ape yang menariknya 1770 ni? Kenapa cool je namanya dipanggil 1770? Haaa meh cerita sket, town of 1770 sejarahnya pada tahun 1770 di mana Lt James Cook dan konco² boatnya adalah rombongan eropah pertama dalam sejarah menjejak ke bumi Australia ini. Abis cerita. Tadaaa. Nak tahu lebih lanjut pegi sendiri museum dia atau bace kat sini, jangan malas nak bace dari blog aku je. Lagipon aku malas nak promote tempat mat saleh. Yang pasti aku nak kesana bukan nak pegi museum dia, tetapi 1770 memang terkenal dengan pantai yang cantik dan port terbaik untuk surf fishing (pancing tepi pantai). Jadinya mungkin aku akan gerak ke sana dahulu dan layan mancing tepi pantai sepam, mandi sepam pastu pekene fish and chip kat light house sambil nikmati lautan biru, fuh bes ni.
Tapi dengar cerita Hamish Cyclone haritu sapu baek punya pantai tu, abis pokok² dan tebing².


*1770

Bundaberg.
Petang Kamis tu dari 1770 akan ku gerak ke Bundaberg mengambil masa 2 jam drive. Yeehaaa...memang terkenal dengan Ginger Beer terbaik di dunia. Lihat dan bace sendiri di sini. Jadinya aku akan bercamping di sana Kamis malam.


*Budak jakon



Sebelah malam akan pegi ke Mon Repos melawat rakan sepejuangan ikan, iaitu si penyu! Mon Repos adalah port penyu untuk bertelur pada sepanjang musim bulan Novermber hingga March. Menarik gak tengok binatang ni. Hehe. Mon Repos ni dalam 20minit je dari bandar Bundaberg. Dan siang Jumaat celik mata dengan udara pagi segar musim autumn, aku nak try Mon Repos jungle tracking, tak jauh pon 4.5km je. Tapi aku boleh rasakan view confirm cun meletus punya. Pantai kat Bundaberg ni pulak terkenal ngan ombak yang best untuk body surf, menarik gak ni kalau aku bawak turun kayak aku jadi utk surf. Tu pon kalau sempat dan tak pancet.


*Ginger Beer Bundaberg Factory.

Hmm lepas tu lepak² kejap, makan tengahari sket pastu baru lawat kilang ginger beer ni. Sape yang pesan souvineer kasitau cepat. hehe. Agak² dan puas sedawa dan kentut bau ginger, maka pulang lah ke Brisbane tanah air tercinta. Mengambil masa 5 jam 20 minit jugak perjalanan tu. Takpe pelan pelan kayuh je sebab sure Bawang Merah penuh ngan kotak², tak sihat untuk bawak laju. Malamnya di Brisbane kene cuci dan vacuum kasik wangi hensem si Bawang Merah sbb mak bapak aku ni first time nak naik kereta aku sendiri. Hhehe.

Tamat lah plan Kamis dan Jumaat.
Esok last day kerja.

No comments: