Pro.
Becoming pro wak lu! hahaha..hilang akal ke hape pro? dah aku kate dulu golf ni sebijik bagaikan mencengkup guli gunakan chopstick. Perlukan latihan gigih, consistant dan focus. Dan uwang jugak..takde duet pon takbley jadi pro. Tu je beza, cuma guli bleh je beli seposen kat kedai Che Wan Tompok je. Penah jugak aku usha dulu berangan konon nak try amek pro course, and their cost are from AUD30k-45k a year! Inclusive club memberships, tournament fees, in class learning and course and what not. Jadinye biar je ah angan² sahaja.
Training snd bhd.
Lepas dah geng² semua balik Msia for good. Aku amek peluang untuk belajar sendiri je la. Pindah rumah ke Oxley yang hanya 500m dari Oxley Golf Club. Jadi membership kat sana tak mahal, AUD350 peryear for student. Memang heaven ah, celik mata pagi² turun bantai golf, balik rumah tengahari untuk makan pastu petang turun lagi. Ngam² time tu ankle aku tgh recover jadi ade baiknye tak main bola utk sementara. Malam plak tgk video² pelajaran golf yang beli dari ebay dan sebelum tido main satu round Tiger Wood ea Sport game. Weekend plak kekadang join club tournament berentap ngan mat saleh² yang kekadang ada gak yang handal gile, dan ade jugak yang buat² handal padahal sengal je. Dapat official 18 handicap by AusGolf where you can monitor online your score and performance via their website. Menarik.
TSM Charity Golf Melbourne 2005.
Untuk kali pertama Tan Sri Muyidin Yasin and crew anjurkan TSM Charity Golf di Melbourne. Time tu takde official handicap lagi. Main pon tunggang langgang. Moonah Link golf club mmg cun dan tenang jauh dari bandar Melbourne. Aku bernasib baik time tu event stableford partner ngan anak Tengku yg agak hebat. Aku tumpang menang dapat no 23 kot. Tapi that event berjaya collect dalam AUD40k dan diserahkan kepada kelab² pelajar di Australia.
TSM Charity Golf Gold Coast 2006.
Kali kedua event ni diadakan di GC. Kami le yang menjadi host untuk event tersebut. Event selama 3 hari berjaya diadakan oleh crew kami. Great job! Kali ni performance golf aku dah ok dah tak carca marba tapi masih jugak tak berjaya menang hadiah ape². Biasek la host mane bley kasik menang, kasik chance laa kan (lame excused).
TSM Charity Golf Auckland NZ 2007.
Kali ni aku dah ade official handicap 18. Dengan golf set baru yang berteknology tinggi, aku berjaya dapat no 3. Dapat la sebijik henfon LG dan trophy. Henfon tu aku kasik bapak aku, tapi tak sampai sebulan dia pakai dah kene rembat. Kat masjid plak tu kene rembat. Sian bapak aku baru je hepi dpt henfon ade camera. Dalam byk² course, ini la course paling lawa dan owner by Malaysian. Remark of the tournament bile ada satu lobang par 3 menawarkan AUD800 sape dapat hit closest to the pin. Aku dah paling dekat dah sengih sepanjang course lepas tu. Skali ade plak other competitors lagi dekat...ceet..but it was fun course. Terhasil jugak usaha training gigih selama ni dapat no 3.
Golf dan pelajaran.
Tiba² final year uni terasa menarik plak golf ni untuk dijadikan thesis. Jadi aku buatlah thesis bertemakan "Biomechanical of Golf". Basically research tentang bagaimana technology in golf enhance the performance. Banyak yang aku blaja pasal golf tu dan tak kurang jugak duet aku melayang beli gadget² golf yang sememangnya aku tahu mmg bagus. Sampai driver baru beli terus bawak tido, tak tipu beb. ahaha. Tak kurang jugak company² yang nak perdayakan golfer dengan advertisement die je. Barang tak bagus mane pon. Tak penah² aku rase rajin gila dalam pelajaran macam ni. Terus aku skor subject tu tanpa meniru jawapan orang lain seperti kisah dulu.
Golf dan kenalan.
Aku akui golf ini mmg permainan orang kaya kat Malaysia. Contohnya time aku buat treatment ankle kat hospital kelantan dulu, terkejut beruk si doctor tu bila aku ckp kaki aku sakit bila main golf. Terperanjat dia seumpama aku beli jet dan mendarat kat stadium darul naim je. Dalam tournament TSM tu, ramai jugak aku kenal Dato² dan Tan Seri yang mereka tu baik baik belaka. Contohnya time TSM kat Auckland tu, main satu buggy dgn CEO IJN (institute jantung negara). Rupanya dia tu asal kelantan dan ramai orang² kampung aku yang die kenal! ahah kelakar gak. Aku rase mmg golf ni mmg game yang sememangnya bagus utk social. Yela biaseknye kalau jumpe dato atau org kebesaran ni takde idea nak borak pasal ape. Tapiiii kalau dierang main golf, fuhh boleh borak pasal golf cam dulu² penah main tengteng je akrabnya.
Banyak dah ni celoteh pasal golf. Kene bukak blog baru ni pasal golf. Hahaha confirm takde org nak bace. Aku amat hargai sape² yang ajak aku main golf. Yang pasti nanti balik Malaysia aku nak ajak si Norizam dan Wan Sham main smula untuk aku buat comeback! hehehe..Sape² nanti kat Brisbane/Msia nak ajak main golf meh la. Nak blaja pon boleh. Oraits...tamat penceritaan golf..
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment