Office stuff and works almost done. Looks like gonna end real seamlessly. ID card, credential token dah pulangkan smule dah. Kalau berselisih ngan office mate, mereka senyum kat aku. Tak tau la kalau mereka suka aku tinggalkan tempat ini atau sebagai tanda respek terakhir di office. Hehe.
Barang pon tak packing lagi. Memang senang la ade kereta luas. Rasenya memang semua barang² dapat muat. Malam karang ah packing, esok sumbat dalam kereta pastu chow.
Laguna Bay.
Saje² usha forum kayak fishing mane tahu ade trip minggu ni yang boleh aku join. Weekend ni nampaknya mereka ramai² nak test off-shore plak main line laut dan lagoon. Snapper dan pri mmg menjadi sasaran. Buat kari kepala ikan memang layan ni. Lawa plak tu Laguna Bay ni memang on the way aku ke Brisbane. Cumanya Sabtu ni mak bapak aku sampai jadinya terlepas la peluang test power kayak aku kat laut.
Kepuasan.
Memang ikutkan hati belum puas kat Ostolia ni. Banyak gila tempat yang aku rase curious nak pegi, salah satunye Wolf Creek kat belah Western Australia. Tempat di mana meteorite jatuh dan tempat tu orang kate saiko. Pastu tempat lain adalah Mackay, terkenal dgn Whitsunday Island. Memang cun kalahkan Nasya Aziz tapi si Jambu lagi lawa (ayat bodek). Negeri Adelaide je yang belum penah pegi. Negeri lain dah khatam. Tapi aku rase Perth paling menarik kot. Cuaca tak sejuk tak panas. Lawa segar indah. Hehe..dan byk lagi ah tempat nak pegi. Eh cerita jalan² plak, back to emo.
Last day at work with emo.
Yup, memang sedeh ah. Aku tak sedeh tinggalkan QAL sbb orang² die tak best. Tapi team CITEC la. Walaupon 6 bulan je keje bersama, tapi teamwork mmg mantap la. Aku somehow sedeh tgk keadaan James (senior) dan Chris. Meh borak sket kenapa aku kate gitu.
James.
Mamat ni handalan network. Kasik la ape jenis menatang atau tools network die boleh recognise dan cerita A sampai Z. Die baru dilantik senior tahun ni. Dia tak penah marah aku walaupon die tahu aku usha Facebook, youtube, update blog dan msn time kerja. Takde alasan nak marah sebab semua keje aku bereskan kot. Skali bukak lawak ozi, aku memang totally blank cipan la. Perkkk...sampai tahap memang obvious la kalau aku buat² ketawa. Yang synchronisekan aku ngan die adalah lagu. Die layan gila lagu coldplay. hehe. Ok aku tak bleh tengok muka dia sbb character muka dia muka sedeh. Tambah plak dgn spec dia pakai kat ujung idung cam nak jatuh je spec tu. Dah la lately die broke up dgn fiance dia. Huuu sedeh tgk muka dia. Tak caye tgk sendiri gambar kat bawah ni.
Chris.
Mamat ni plak kesian kat opis orang tak brape suka dia. Sebab die ni agak nerd dan suka potong cerita orang kalau borak² dalam group. Dan makanan ruji dia adalan subway. Hari² makan subway. Pegi gym hari². Wow rajin. Tapi tiap hari bukak cerita pasal usha awek² kat gym, bukannye pegi exercise. Dia dan James memang lansung tak ngam. Slalu kene marah dgn James sbb keras kepala. Tapi die mempunyai daya ingatan yang kuat. Maklum la QAL ni luas, network dan server berbagai², password kene ingat berjuta. Aku ni kekadang lemah ingatan, aku tanyer je die zoommmm die jawab dengan detail. Contohnya kat QAL ni ade dalam 70 servers dan dia memang ingat nama server dan password each one those. Takyah aku nak bukak buku. Mamat ni kalau suruh hapal Quran confirm sbulan boleh jadi tok imam Gladstone. Haha. Aku dan dia takde masalah. Aku rasa sbb aku ni layan je ape die cerita walaupon die tahu aku tengah cakap dgn telipon. Aku angguk je la. Ha kejadian tadi terkejutkan aku gak. Dia luahkan perasaan. Woit bukan minat kat aku. Dia convince kat aku yang dia dapat rasakan akan bosan nanti takde aku. Terus dia call manager kat Brisbane mintak tukar position kat sane. Perkk terkejut aku. Yelaa sian gak dia cam kene pulaukan kat sini dan tak ngam ngan James.
Jody.
Minah ni Manager tapi bukan manager kami. Dia menguruskan client services QAL dan CITEC. Keje die dalam office berkemunikasi sahaja dan suka senyum. Tak turun plant pon. Suka orang utan dan binatang. Marah aku bila aku kate orang utan buruk. Hahaha
Memang hari² kene ngadap muka tiga tiga ni. Tadi sblm abis keje, borak² kenangkan ape yang berlaku selama 6 bulan aku kat sini. Start dari hari aku kene interview hingga la hari ni. Aku lega kerana mereka selesa dgn aku.
Lunch with emo.
Tghari tadi saje pegi spot tepi laut haritu time layan beger. Kali ni aku bekalkan nasi telur dadar dan ikan keli goreng cicah kicap cili potong combo air Fanta oren. Angin best, bunyi dan bau laut memang mendamaikan otak aku. Sambil berkata dalam hati, bila lagi rasanya aku akan ke Gladstone ni?
Di Penjara Janji
No comments:
Post a Comment