Sunday, March 15, 2009

Empat hari sahaja lagi

Satu hari duk ngadap Silentammo buat assignment. Hampir siap. Idup aku ni memang confirm ni tak sihat. Bola pon dah tak main, golf club plak kat Brisbane dah. Hmm..tak sihat..Mane taknya aku spend 3/4 dari harian idup mengadap PC. Kat opis satu hari dah abis depan PC, pastu balik rumah lepak² layan movie kat pc lagi, pastu main game pc lagi, makan pon sambil layan movie pc lagi, sbelum tido layan drama pc lagi. Perkkk couch potato betul. Jadi petang tadi aku pon korbankan 6dolar pegi beli beger kat McD pastu layan makan tepi pantai Barney Beach. Pantai ni takde orang mandi sbb contaminated dari kapal besar dan plant berhampiran. Tapi masih ade bau pantai dan angin segar. Tenang je tak ramai orang. Kalau nak berendet atau bertenet ini lah tempatnya. Yang pasti Memang layan ah makan beger kat situ, kemam pon slow slow. Nasib baik je tak bawak radio pasang lagu Nur Nilam Sari. Haih..Lagi 4 hari je lagi nak cabot dah.


* Barney Beach

Memburu Barra.
Orang serata Australia datang ke Awonga Lake di Gladstone ni semata mata untuk memburu Barra. Barramundi adalah spesis ikan yang cepat membesar dan membiak dengan giat di situ. Ade rasa amat sengal kalau aku tak singgah ke sana. Jarak hanya 20km dari rumah. Memang berjuta Barra di lake tu tapi bukan mudah untuk pancing menatang sekor ni. Banyak benda dah aku stadi, tentang di mana specific tempat lubuk ikan ni, umpan lure jenis bagaimana perlu dipakai mengikut pertukaran cuaca, suhu air dan warna air. Cerewet jugak ikan Barra ni. Minimum saiz dibenar membawa pulang adalah 58cm! Gila lebih separuh meter. Geng kayak buat trip ke sana bulan lepas tapi aku di Brisbane waktu tu. Berikut adalah gambar dari mereka. Click sini plak untuk gambar gambar lain.








*Lake Awonga

Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku dapat ikan ini bersama kayak kuning tanpa nama aku. Jom.

-Saturday 14th March-

No comments: