Gila lah 5 hari je lagi kat bumi Gladstone ni. Isnin ni amek cuti konon² nak pack walhal ade plan nak pi Awonga Dam. hehe..jadi tinggal lah hari ini (Jumaat), Selasa dan Rabu. 3 hari saje lagi keje.
Pemergian Muslim Brother.
Hari ni rasa guilty sket ni, ade muslim Brother ni meninggal dunia a few days ago, pastu derang call aku ajak tanam mayat. Perkkkk ketar kejap lutut, mane penah siot tanam² orang ni. Yelah muslim sini pon tak lebeh dari 15 org, derang mintak tolong la. Tapi harini aku sorang shift pagi. Tak dapek ah (alasan ade saje). Walhal aku rasa tak ready utk buat keje camtu, nak try tapi belum masanya kot. Memang pahala banyak tapi...hehehe...seram ah. Padahal kat Kelantan biasa je pegi kubur atau semayang mayat kat masjid sbelah rumah. Takpe itu Kelantan, ini Gladstone. Kat Kelantan ramai orang pakai kopiah tapi kat Gladstone takde.
Kehadiran Famili dan Jambu.
Akhirnya semua setel dah. Visa dan accomodation. Excited ni mak bapak aku nak datang ni. Heeee..Tapi takde plan ape ape lagi nak bawak mereka jalan ke mane. Mungkin melawat kangaroo dan koala, jogging tepi laut, main tennis, blanje handbag, memancing kat jeti, bawak jalan² UQ dan makan fish & chip tepi laut. Nasib baik mak bapak aku ni bukan kaki jalan hardcore, nak ajak pi Syndey tgk Opera House pon dierang tak brape nak. Dierang ni suka chilling, outdoor activities dan shopping semi-pro. Skarang ni mak aku tgh pancing abg sulung aku dan bini dan si Adam anak comel untuk join datang skali. Hmm dah ade bau² die takut bosan ngan aku ni. hehee..aku ingat nak ajak adik bongsu aku datang ah. Dia kat Beijing. Ade dia baru ceria sket famili, perangai selamba dia mmg menghiburkan. (eg. kasik middle finger kat bapak aku sbb bapak aku report kat mak sbb tak buat homework).
Mengejar PR.
Case officer PR plak dah call mintak Jambu pulang ke Brisbane untuk finalise PR ni. Mintak² laa dapat. Memang berjaggut dah ni menanti dan menanti. Duet pon banyak dah mengalir ni. Ticket pon dah confirm, Jambu datang sempat jugak la jumpe famili aku kejap. Boleh la die malayan mak aku takut² mak aku ni boring melayan aku. Hehe. Dengan harapan ini kali terakhir untuk dapatkan PR. Lepas dapat PR ape cite? Kite plan la lepas tu. Tu chapter lain untuk dibukak. Yang pasti Aust govt kasik rebate $950 each sebab economy crisis ni. Heeeee sengih aku.
Farewell lunch.
Rabu lepas manager dari Brisbane turun. Ade meeting ngan QAL. Alang alang derang buat farewell lunch utk aku. Siap kasik card beso lagi with signature and notes from other mates. Derang memang baik ah, dahtu pulak kasik recommended letter utk aku senang dapat keje di luar Aus. Memang aku tak perasan plak yang kehadiran aku dalam team memberi makna kepada mereka. Derang appreciate jugak rupenya aku ni. Aku ingat aku nak cabot ni semua orang buat tatau je. Ni lagi la buat aku sedeh. Yela aku ni baru je tahun kedua dalam bidang IT ni, tak expert pon lagi walaupon name specialist. Nak bertutur english pon berterabur. Hehehe. Kalau la aku datang Brisbane lagi, sudah pasti aku join smule CITEC ni. Best company to work with.
Friday, March 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment