Sunday, March 8, 2009

Lagi Alert Terkini

Keadaan di Coles.
Perkk..makin serius plak mende ni. Tadi macam biasa Ahad aku ke Coles utk belikan bekalan rugi (roti dan epal), tapi kali ni parking penuh! Sampai orang parking kat rumput dan curb jalan. Lalu aku masuk ke Coles, mak ai troley dan basket pon dah abis. Ramai orang pelik macam nak raya dah esok. Queue bayaran panjang berjela dan setiap troley penuh macam nak bukak bukak puasa malam ni. Banyak asyle barang dah kosong, contohnya makan cereal, megi, telor, cikedis dan juga roti. Roti pon abis! Huiyioo menggelabah gak aku tadi. Roti cap emas (mahal) dan cap ayam (murah) pon abis. Last aku beli roti bun je, gila tak feel makan ngan nutella. Takpe la roti jugak namenye. Isk merepek ke cerita roti plak.

Keadaan di Rumah.
Rob dapat called dari mak dia di Mackay (ribut dah lepas semalam). Dia nasihat supaya kemas barang² kat luar, cangkul, kerusi, basket etc sebab boleh ditiup oleh Si Hamish ni. Jadinya kami terus kemas barang, bersihkan longkang supaya air hujan dapat mengalir. Kereta park jauh dari pokok dan tiang. Hamish dijangka datang bersama hujan (percikan air laut) dan boleh berlaku banjir kilat. Nasib baik rumah aku atas bukit. Rob sebagai tuan rumah, die siap sediakan laluan kami di bilik atas untuk evacuate ke bawah rumah jika keadaan teruk, kurung si Pirate kucing itam dalam bilik dia dah. Fuh dalam hati aku seram gak ni, dah la malam nanti sure gelap, jgn black out dah la.

Keadaan si Hamish.


Setakat ni Hamish belum singgah ke daratan mana² lagi, setakat main² di tepi laut je. Dah dekat dah ngan Gladstone ni. Besar rupenya. Harapannya teruskan main tepi laut je jgn ke dalam bandar sudah la. Kat luar ni dah boleh rasa dah angin kuat dah bukan sepoi bahasa. Tapi ok lagi, takde bunyi pelik lagi. Seperti yang tahu segala persisiran pantai itu termasuk lah Great Barrier Reef. Jadinya pulau² dah dikosongkan dua hari yang lalu. Sebagai persediaan:

"Emergency services personnel have been moved south from northern parts of the state, while 1900 tarps, 6000 sandbags and 500 metres of flood barrier equipment have been transported to Rockhampton in central Queensland." -news.com.au

Tu ok lagi. Tapi bila aku bace ini:

"The area at risk now is really the Yeppoon to Gladstone strip," he said.

Itu yang terus aku rase kene amek wuduk terus ni. Nak lari memang tak sempat dah ah. Ade jugak neighbourhood yang kemas² barang dalam kereta dan 4wd nak cabot ke tempat selamat. Tah² dah jammed dah highway, lagipon angin dah start kuat, tak selamat nak drive. Nah bace sendiri kat sini. Tengok skali video tu utk details.

Keadaan di Kelantan.
Aik ape kene mengena Kelantan plak ni? Perkk laju sungguh berita sampai kat Kelantan. Bapak aku plak sms dah start risau bila tengok berita ade cerita pasal mende ni. Kalau bapak aku ni millionaire dah confirm dah die antar private jet amek aku kat airpot. Aku tahu bapak aku sayang aku. Tapi takde la pulak nampak jet kat garage bawah rumah aku tengok time aku balik tahun lepas. Sebagai seorang bapak, dia doakan aku selamat (meh aa korang pon doakan skali). Amin.

Will keep posted kalau internet tak down...

No comments: