Friday, March 6, 2009

Ingerris dan A

Tibe² blog dua kawan aku ni Joy dan Pipiyanpong cerita pasal bahasa enggeris dan kehidupan mereka, meh la kita sembang pasal topic yang sama.

Inggeris dan tadika.
Waktu dahulu aku sememangnya dungu tahap bapak pandir punya kalau sebut perkataan itu enggeris. Berbeza dengan dua abang aku, sejak tadika lagi dah dimasukkan ke skolah enggeris. Balik rumah dalam kereta berspeaking sahaja dgn mak aku, aku dalam kereta buat bisu je sambil berangan² nak beli ding dang. Sememangnya abang aku anak kegemaran dia. Tapi aku pon tak pasti sebab apa aku tak dimasukkan ke tadika enggeris seperti abg² aku. Yang aku ingat aku pindah randah tadika sebanyak 4 kali, sebab ape pon tak tau. Tak banyak yang aku ingat ketika tadika, hanya joget tarian asli depan tengku mahkota johor je yang ingat. Mungkin aku ni jenis pemalas untuk membaca buku enggeris. Nak suruh bace mmg kene sampai cubit sampai menangis nangis baca buku Peter and Jane by Ladybird.

Inggeris dan skolah rendah.
Aku tak brape ingat kenangan inggeris waktu skolah rendah sebab skolah rendah memang heaven gila main teng teng, belon acah, polis centri, gasing, cepeh dan tali getah skiping. Nasib baik UPSR aku dapat 4A.

Inggeris dan skolah menengah.
Aiseh ni yang paling ingat. Pelbagai formula digunakan oleh skolah untuk meningkatkan prestasi akedemi termasuklah bertukar kelas mengikut gred skor subjek. Contohnya tiba jadual Bahasa Inggeris, pelajar yang bijak akan masuk ke kelas hebat, manakala yang dungu inggeris akan dimasukkan ke kelas paling dungu bersama geng geng dungu enggeris lain. Kelas math je yang aku masuk ke kelas hebat (tu pon bukan paling hebat), tibanya waktu inggeris kepuuumm ke kelas dungu. Macam biasa laa kelas dungu ni di ajar oleh guru yang paling bagus dan garang seperti Cikgu Baktiar. Fuhh brader ni besar badannya coach rugby yang grad dari UK. Suara lantang ajar budak cam nak makan budak. Kelas inggeris yang biasanya sejam dirasakan macam sehari! Kepala tunduk 180 degree sampai sakit tengkuk sebab takut. Kalau boleh nak je masuk dalam laci meja, nasib baik tak muat. Dah la tu, nak pegi jamban pon takut nak mintak izin sebab kene speaking mintak permission, 'Sir, Can i go to the toilet please". Tu pon ketar² kene rehearsal dulu sebelum angkat tangan.

Waktu skolah dulu aku layan lagu Nirvana. Lirik semua aku hapal senang je. Tapi bab² menulis ni mmg aku fail. Kene gak gelak kat member sbb aku conteng 'Pang not death' (Punk is not dead) kat buku teks. Ingatkan dah rockers sangat la tu. Ouh ya, baru teringat macam mana PMR aku boleh dapat A. Berkat kamcing aku kat mamat Zuhadi ni yang duduk depan aku dalam dewan, die telah hulur kertas exam kasik aku tiru setiap mata subjek. Aku doakan dia selamat sejahtera seumur hidup beliau, amin. Terkejut beruk jugak la cikgu enggeris ketika tu tengok aku dapat A. Aku pon bleh ah kononnya belagak hebat untuk guna tektik tiru skali lagi untuk SPM. Malas ulangkaji menjadi². Akibatnya, ketika dalam dewan peperiksaan, aku tak ingat sebab apa tak dapat guna ilmu skil tiru aku. Terus P6 result english SPM aku, cambridge plak fail. Subjek lain² pon teruk kecuali berjaya dapat A dalam bahasa melayu, agama dan math asas. Itu maknanya aku masih kuat agama, masih berkulitkan melayu dan bergeliga mengira duet saku harian.

Inggeris dan universiti.
Lega bila aku dapat offer masuk UTM skudai. Mana tidaknya bahasa rasmi universiti tu adalah bahasa melayu 100%. Senyum. Tak payah kerah otak ngak transelit kepada bahasa enggeris dalam mana mana assignment. Sedang best blaja tiba² mak aku campak ke bumi Ostolia ni. Mak aku tahu kot english aku ni amat sampah.

Memang tak dinafikan memang seram nak mati bila awal² jejak ke bumi omputeh ni. Takda kawan atau sedara plak tu. Blasah je speaking. Kamus dwibahasa memang menjadi kitab aku. Blasah transelit bulat². Penah jugak lagi kene gelak bila aku cakap, 'I have to remove house again'. (dalam bahasa melayu, 'Kene angkat rumah lagi', aku nak ckp "kene pindah rumah lagi"). Kemunikasi skill aku bagaimanapon semakin tajam kerana bergaul dengan org² yang tidak bercakap bahasa melayu. Tapi penulisan skill masih sampah, budak darjah tiga lagi hebat. Aku boleh katekan tahun pertama di pre-universiti kat sini akulah Azman paling rajin dalam dunia. Tak paham sket tgk kamus, rajin bertanya dan tak takut untuk berinteraksi. Alhamudillah lepas pre-uni. Di university plak paling aku sakit jiwa bila time buat assignment. Perkkk memang kene karang bahasa melayu dulu, pastu bukak kamus translet bulat² pastu baru betulkan grammar. Tapi slow² dgn tunjuk ajar cikgu handalan english aku iaitu bidadari si jambu, skil penulisan menjadi senang sampai la sekarang dah rasa ok. Blom handalan tapi sekadar ok.

Inggeris dan pekerjaan.
Perkkk..memang tak dinafikan kerja aku ni memang perlukan skill kemunikasi yang tahap handalan. Yerla, kekadang nak explain kat client tu kene guna simple english, tak bley guna term IT sangat. Kene plak tempat kerja pertama aku kat ulu Cloncurry. Takde orang melayu langsung. Orang tempatan mmg slang koboi abis, contoh komunikasi inggeris mereka seperti di bawah:

Koboi A: Howdy moit, boh thay faken loot tut thay hey.
Koboi B: Ya moit blowdy tollt otu.
Koboi A& B: hohohoho (gelak besar)
Aku di sisi: HOhohoho (gelak besar gak tapi apeee jaadaahhh derang cakap pon tak paham!)

Boss cool aku, Peter memang banyak tolong aku dari segi profesional communication dan jugak aussie term. Aku doakan die supaya bahagia selalu di bumi Cloncurry tu.
Memang lain tempat lain slang. Aku dapat kesimpulan kalau nak bertutur dgn mat saleh kampung, kene murmured (cakap style tak bukak mulut) baru mereka paham. Kalau cakap clear english mmg mereka blank. Pelik. Kekadang aku TERkeluar perkataan melayu pon derang bleh paham. Itu lagi la ajaib.

Tak semua mat saleh terrer dalam penulisan. Sukahati sungguh bila omputeh tanya aku camana untuk eja sesuatu perkataan. Hehehe..dungu gak english dierang ni. Tapi bab communication mmg handal ah.

Begitu lah hidup aku dan enggeris. Lagi sebulan akan kembali ke tanah air. Yang pasti aku mesti rindu bahasa enggeris.


*tertulis di ujung kanan "10/95" (harga 10.95), "tarikh 7/02/2001".


*kamus posing di bilik tido (abaikan background)


*wajah terkini sifu yang jambu.

1 comment:

jon said...

haha.lu sekarang dah mantapla english kan..sifu pun mantap!