Monday, March 16, 2009

dua

Berbaki dua hari.
Akhirnya siap dah assignment setel pagi tadi. Ouh aku cuti harini, melepak yes! Seperti dah plan, harini akan memburu barra untuk hari kedua. Celik je mata, masak nasik. Kerana hari semalam perut meragam terus hilang mood memancing. Harini sempat la melantak sardin bersama nasi combo telor goreng goyang punya. Fuh! Semangat dan bertenaga.

Kedai Specialist Konon.
Hari ni aku tak mau guna lure ataupon umpan plastic. Setelah stadi sket sblm tido, umpan yang patut aku guna adalah pichard dan mullet. Setibanya di sana aku singgah la di kedai berhampiran yang berpapan tanda "Specialist Barra". Dengan harapan tinggi confirm ada jual umpan yang paling bagus. Yela Specialist namenye. Tapi masuk kedai tu, eh kecik gile..makanan cekedis, keropok, t-shirt dan barang souvenir banyak la. Manenye matakail dan umpan? Bila ditanya, makcik tu kate die hanya jual udang dan juga sotong. Huh??? Bayangkan ikan beso Barra mane ade selere beb nak makan udang. Dia siap gelak jer kat udang ciputet ni. Potong betul laar. Tapi aku beli je ah ape² ikan pon jadi la.

Mencari Mood
Sudah mood sebegitu, aku menghabiskan dalam 3 jam berpusing² explore tasik Awonga dengan nikmati alam sekitar bersama burung dan itik. 3jam berlalu mood aku masih rendah. Maka aku test je la umpan ni di tepi bukit kerana disitu la bream berlubuk. Udang pertama dicampakkan setelah dikesan oleh gps di kawasan ada ikan. Tak sampai seminit, zaashh! laju menerkam, ini bukan bream ni. Tapi senang saje untuk naikkan. Rupanya ikan keli. Dalam 30cm je. Aku pon lepaskan je la. Setelah dalam 30minit di situ, sebanyak 4 ekor keli aku dapat. Tapi keli beb, hanyir die semacam. Berbadan licin dan lendir. Nak masak pon kene pandai kalau tak hanyir. Release je la.


Keli lagi
Mood dah ok, aku nak sangat² tahu ikan apa di spot aku pegi semalam. Banyak dan besar plak tu. Sampai di sana, aku campak umpan. Tak sempat aku laburkan sauh, zaaaaaaaashhh!! Uihh bengkok benar joran ni. Iskkk besar ikan ni. Barra keee?? Jengjengjeng. Tapi kalau Barra dah lama die melompat ke atas air. Lama jugak aku bermain dengan ikan tu. Kalau naikkan terus ke kayak nanti dia menggelupur. Baik aku kasik die penat. Berjaya juga aku naikkan. Ikan ape? keeeeliii lagiiii...adoii...tapi yang ni 50cm..separuh meter. Bes gak laa. Cet rupanya ikan keli sahaja tempat ni. Dipendekkan cerita, dua ekor keli sepanjang hampir 50cm aku dapat harini. Aku bawa pulang sekor, yang lain aku lepaskan je. Tengok laa kalau rajin aku goreng, kalau tak aku kasik je si kucing hitam pirate tu makan. Teringat kisah kanak² time berkhatan dulu. Pandai betul mak aku goreng ikan keli. Mengidam la plak makan keli goreng.



Hari yang hampir gelap tiba. Aku pon berkayuh laa ke boat ramp kembali pulang. Misi Barra gagal. Di ramp, sempat borak² dengan mat saleh ni. Dia kate area ni hanya suku daripada Awonga ini. Perkkk! Super luas. Dia kate lubuk Barra dalam 30minit naik boat. Aku sempat jeling boat mamat tu, 30hp tertulis di motor. Hulamak, 30minit 30hp. Kalau aku kayuh ni ade laa setengah hari baru sampai. Hahaha. Takpe la nanti satu hari bila dah kaye kene aa beli sebjik boat, sebijik hummer, dan sebijik bini. Hehehe.

Sembang keli.
Rajin² aku usha pasal keli kat internet. Ingatkan keli aku dapat tadi dah cukup besar dah macam boleh masuk muzium negara. Rupanya keli ni boleh membesar sebesar besar. Haa usha sket gambar:


*Aku dan keli di kenyir dahulu kala (gila bohong beso). Lagi gambar di sini.

Haaa youtube ni korang pasti kene tengok. Ini bukan hilang punca dah ni, hilang akal namanya ni.





Esok hari kerja. Uniform dah iron kasik tajam dah.
Badan pon dah penat. Selamat malam dunia. Adios Awonga.

No comments: