Tido malam tadi agak lewat dan tak lena. Walhal hujan la kat luar tuh. Barang tak packing masuk dalam kerete lagi. Bilik dah packing. Everything cun dah ni. Kalau hujan camne nak tgk penyu betelo ni? demam laa kang penyu kene ujan, dah le botak. Hmm..Tinggal nak pack dan gerak je. Ape yang berat hati sangat nak tinggalkan gladstone ni? Aku sendiri pon susah nak ungkapkan.
Well...tamatlah segala perkhidmatan aku di Gladstone ini. Aku masih ingat segar dulu awal² aku drive sini, tinggal di backpackers seminggu sebelum dapat rumah dan setlled down. Dan sekarang aku akan drive pulak balik tinggalkan Gladstone for good. Aku rasa aku enjoy tempat ni, anyhow aku rindu plak kat Cloncurry dgn kawan² yang best kat sane. Blog di sini. Memang aku jenis yang cepat jatuh cinta dengan sesuatu tempat.
Alhamdulillah bertambah lagi satu menda nak campak dalam resume aku walaupon hanya 6 bulan, aku belajar banyak benda dalam bidang IT. Membuatkan aku lebih yakin untuk maju satu lagi ke hadapan untuk mencapai next mission career aku sebagai System Analyst.
Berhenti kerja tanpa usha kerja lain amat risiko, lebih² lagi economy gawat sekarang ni. Tapi aku yakin, 'nak seribu daya, tanak seribu dalih.' Aku amat percaya dgn pepatah melayu ni.
Terima kasih kepada semua kawan² yang sentiasa membantu aku selama aku di sini dan mengikut perkembangan dan menemani aku seorang kesunyian di sini. Cet makin emo dah ni. Where's next? tunggu dan lihat sahaja.
Dengan ini, secara rasminya..aku menutup blog ini.
Will see you in another chapter of my life..
Thursday, March 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment