Time tahun akhir awal 90-an, waktu tu aku baru skolah rendah di Johor Bahru. Zaman tu mmg zaman kegemilangan pemain bola import dan tempatan yang handal sebelum arena rasuah berleluasa. Rumah aku dekat je dgn stadium larkin dan satu taman perumahan dengan pemain import johor. Mane taknya jiran aku dulu Alistar Edward tu! slalu aku main bola pastu sepak kasik masuk rumah die, pastu tekan loceng suruh die amekkan bola tu. Heeheh. Bukan skali dua, tapi byk kali! saje je jakon..tapi die penyabar orangnya.
Satu petang..
Macam biase bapak aku bawak aku naik motor kapcai honda lampu bulat jalan² dan singgah kedai runcit. Mase kat berhampiran tu terjumpa wallet. Jadi bapak aku bukak laa, skali ade ID bertuliskan "Darren Stewart". Fuh! Aku keeenaal mamat ni. berdebar aku. Mamat ni mmg defender Johor FC yang gagah. Rasa bangga pon ade dpt pegang wallet dia. Hehe. Bapak aku yang sememangnya orang yang jujur terus pandu motor kapcai ke rumah Darren Stewart. Setelah 'Ting tong ting Tong!' loceng dibunyikan. Keluarlah mat saleh sorang ni yang tinggi ke pintu gate. Aku mane reti cakap omputeh mase tu terus hulur je wallet tu. Si Darren tersenyum dan salam dgn aku dan bapak aku. Fuhh dapat salam tu beb. Kat sekolah esoknya sibuk aku cerita kat member² lain mmg derang jeles abis. Hehehe. Itu lah begitu bangga dengan pemain pemain dahulu.
Suata masa kini..
Pemain import dan tempatan semua main macam haram. Dah la tu nak kawin dgn artis yang cun cun sahaja. Azman Adnan dulu takpe laa kawin ngan artis sbb dia legend. Kini mmg bikin FAM pening kepala je. Serba salah nak stop atau guna pemain import. Sebab dah tahu dua dua jenis player ni sampah. Ini salah satu bukti:
Sila forward ke minit 7.45
Gila sengal! Sure mamat ni dah tak pegi smayang jumaat takut kene pukul!
1 comment:
gua dulu pegi kedai runcit depan rumah lu tu sekali terserempak alistair edward tgh beratur beli roti canai.pehh..berdebar jugak bertentang mata.sampai hari ni gua tak boleh lupa.
Post a Comment