Friday, February 27, 2009

Golf dan A (part 1)

Aku amat berbesar hati kerana memilih golf sebagai part-time kehidupan selama ni. Memang golf memerlukan skill yang tinggi. Aku dah tengok dah orang yang hebat main criket, hoki dan squash yang mana memerlukan skill tangan yang tinggi. Tapi bila pegang batang golf, memang tak tau nak buat camne. Ibarat guna chopstick untuk amek guli. Golf memang susah. Meh kite borak pasal pengalaman golf aku.

Perkenalan bersama golf.
Bermula ketika zaman mahasiswa di UQ dulu tak silap aku tahun 2004 kot. Ketika tu kami (Adnan, Denise, Luqzan & Sarah) tibe² berbakar semangat nak belajar golf kat St Lucia golf course. AUD80 dolar untuk 4 lesson group of 12 ppl kalau tak silap. Pertama kali main full course kat situ memang kelakar. Siap amek gambar posing², rasanya luqzan ade amek video skali kot. Hahah. Semua budak takde golf set lagi. Tu lah bagaimana kecimbung dalam golf pada peringkat awal.

Pencen awal.
Adnan mungkin tibe² rasa belum masa utk aktif dalam golf sebab die tgh gila bola time tu.
Denise plak tah aa tibe² sepi. Mungkin sibuk blaja kot.
Luqzan & Sarah - haa meh kite sembang sket. Ketika tu kami main di Victoria Park GC. Satu lagi course untuk beginner kerana course agak mudah dan murah. Di Australia ni main golf satu round 18holes range harga dari AUD19 - AUD100. Tak mahal, disini la aku ambil peluang terbaik develop golf skills.

Ok sambung cerita depa dua orang ni. Pada satu hole par 3 ni, kami baru je abis putting dan baru je nak blah ke next hole. Tibe² aku dgr org kat tee off dah pukul...ape lagi masing² tunduk sambil kaver kepala la. Tibe² 'Tiiiuunnggg, Keleeekukkk!'.."Adoih!" kami masing² tgk muka masing² sape yang kena..skaliii itu kapla Sarah jugak laa kena. Perkkk direct hit tu ke kepala. Lukzan dah tak senang diri dah. Nak maki² mamat sengal tu tapi agak jauh. Sarah dah nangis dah time tu (can imagine sakit gilee woh). Bila dah setel down sikit, sambung abiskan holes..rugi sbb dah bayar nangis² pon main jugakkk.. Hehehe..Dan sejak itu Sarah dan Luqzan retire sbagai part time golfer. Fobia katanya. Maka tinggal la aku sekontengnya.


*Wajah riang ria mangsa sebelum kejadian.

Geng Baru.
Ketika bareque welcoming student, ade terjumpa brader Staff Petronas ni, Norizam namanya. Memang berpengalaman lama dalam arena golf. Die tu pon baru sampai Brisbane utk project venture dgn Axon Mobil kat sini. Dia pon mencari kaki golf. Maka aku la diajaknya. Dan ketika tu jugak Doctor specialist, Dr Marlizan pon baru nak berjinak sama. Ouh ada lagi sorang, Abang Khalid, yang memang dikenali dengan pakar kemasakan dan suka social merapu kekadang.

Roti canai dan golf.
Ok set date utk main 18holes, Victoria Park skali lagi dijadikan pilihan utk kami berempat. Victoria Park mmg dikenali bukit bukau. Dan main golf memang ambil masa lama...ade dalam 4-6jam jugak nak abiskan satu round. Setibanya separuh round (hole 9). Penat dan lapar gila dah ni. Tibe²..

"Ehh aku ade bawak makanan sikit ni, meh laa kite makan dulu." kate A.Khalid ni.

Kami yang tak cakap byk setuju sahaja. Skalii die bukak beg makanan dia...rupanya roti canaiii!! Ada kariii lagi tu! Perkkkk...kami pon melantak roti canai berpicnic laa plak tepi padang tu. Orang lalu lalang tengok je kami duduk bersila sambil pekene roti canai tak ingat dunia. Hahaha. Itu laa awal² dulu tak tau rules, main blasahhh jeee berhenti makan camtu. Last² marshal course tu dtg sound kami sbb melambatkan/menjejaskan permainan org lain. ahaha..kelakar siot time tu..roti canai punye pasal.


*Doc dan juga Brader Norizam sblm pekene roti canai.

Lagi geng baru, skins dan stablefoult.
Terjumpa pulak rakan baru, Wan Sham namanya. Badan kecik tapi badan berketak. Pukul bola zooommm terbang melayang bagaikan helang. Handalan jugak, kincapung dalam golf sejak kecil didikan bapak. A.Khalid ketika tu dah tak join dah kami, pencen menumpu sepenuh masa ke arena masakan la agaknya. Kami, Dr Marlizan (d0c), Norizam, WanSham dan aku menjadi rakan golf main setiap minggu. Di situ la aku blajar betting dalam golf, skins dan stablefoult. Betting bukan berniat nak dapat duet. Tapi dengan adanya betting, performance golf akan naik kerana semangat nak bid on each holes. (halal betting namanya ni, sah dihukum agama). Strategy pon kene ada dalam skins dan stablefoult ni. Memang menarik golf ni. Makin aku cinta. Tapi time tu aku jarang sgt menang, balik² kene kitai dek Brader Norizam dan WanSham. Cam biasek kalau dah kene kitai tu, niat dihati hanya utk menimba pengalaman dan exercise je la. Tapi geng ni tak lama, WanSham dah abis masters, Doc dan Norizam plak dah abis project dan attachment. Derang pon pulang...skali lagi sekonteng aku ditinggalkan..tak sempat aku nak jadi terrer pastu kitai derang pulak..

Lagi Golf dan A (part 2)...becoming pro


No comments: