Friday, February 27, 2009

Golf dan A (part 1)

Aku amat berbesar hati kerana memilih golf sebagai part-time kehidupan selama ni. Memang golf memerlukan skill yang tinggi. Aku dah tengok dah orang yang hebat main criket, hoki dan squash yang mana memerlukan skill tangan yang tinggi. Tapi bila pegang batang golf, memang tak tau nak buat camne. Ibarat guna chopstick untuk amek guli. Golf memang susah. Meh kite borak pasal pengalaman golf aku.

Perkenalan bersama golf.
Bermula ketika zaman mahasiswa di UQ dulu tak silap aku tahun 2004 kot. Ketika tu kami (Adnan, Denise, Luqzan & Sarah) tibe² berbakar semangat nak belajar golf kat St Lucia golf course. AUD80 dolar untuk 4 lesson group of 12 ppl kalau tak silap. Pertama kali main full course kat situ memang kelakar. Siap amek gambar posing², rasanya luqzan ade amek video skali kot. Hahah. Semua budak takde golf set lagi. Tu lah bagaimana kecimbung dalam golf pada peringkat awal.

Pencen awal.
Adnan mungkin tibe² rasa belum masa utk aktif dalam golf sebab die tgh gila bola time tu.
Denise plak tah aa tibe² sepi. Mungkin sibuk blaja kot.
Luqzan & Sarah - haa meh kite sembang sket. Ketika tu kami main di Victoria Park GC. Satu lagi course untuk beginner kerana course agak mudah dan murah. Di Australia ni main golf satu round 18holes range harga dari AUD19 - AUD100. Tak mahal, disini la aku ambil peluang terbaik develop golf skills.

Ok sambung cerita depa dua orang ni. Pada satu hole par 3 ni, kami baru je abis putting dan baru je nak blah ke next hole. Tibe² aku dgr org kat tee off dah pukul...ape lagi masing² tunduk sambil kaver kepala la. Tibe² 'Tiiiuunnggg, Keleeekukkk!'.."Adoih!" kami masing² tgk muka masing² sape yang kena..skaliii itu kapla Sarah jugak laa kena. Perkkk direct hit tu ke kepala. Lukzan dah tak senang diri dah. Nak maki² mamat sengal tu tapi agak jauh. Sarah dah nangis dah time tu (can imagine sakit gilee woh). Bila dah setel down sikit, sambung abiskan holes..rugi sbb dah bayar nangis² pon main jugakkk.. Hehehe..Dan sejak itu Sarah dan Luqzan retire sbagai part time golfer. Fobia katanya. Maka tinggal la aku sekontengnya.


*Wajah riang ria mangsa sebelum kejadian.

Geng Baru.
Ketika bareque welcoming student, ade terjumpa brader Staff Petronas ni, Norizam namanya. Memang berpengalaman lama dalam arena golf. Die tu pon baru sampai Brisbane utk project venture dgn Axon Mobil kat sini. Dia pon mencari kaki golf. Maka aku la diajaknya. Dan ketika tu jugak Doctor specialist, Dr Marlizan pon baru nak berjinak sama. Ouh ada lagi sorang, Abang Khalid, yang memang dikenali dengan pakar kemasakan dan suka social merapu kekadang.

Roti canai dan golf.
Ok set date utk main 18holes, Victoria Park skali lagi dijadikan pilihan utk kami berempat. Victoria Park mmg dikenali bukit bukau. Dan main golf memang ambil masa lama...ade dalam 4-6jam jugak nak abiskan satu round. Setibanya separuh round (hole 9). Penat dan lapar gila dah ni. Tibe²..

"Ehh aku ade bawak makanan sikit ni, meh laa kite makan dulu." kate A.Khalid ni.

Kami yang tak cakap byk setuju sahaja. Skalii die bukak beg makanan dia...rupanya roti canaiii!! Ada kariii lagi tu! Perkkkk...kami pon melantak roti canai berpicnic laa plak tepi padang tu. Orang lalu lalang tengok je kami duduk bersila sambil pekene roti canai tak ingat dunia. Hahaha. Itu laa awal² dulu tak tau rules, main blasahhh jeee berhenti makan camtu. Last² marshal course tu dtg sound kami sbb melambatkan/menjejaskan permainan org lain. ahaha..kelakar siot time tu..roti canai punye pasal.


*Doc dan juga Brader Norizam sblm pekene roti canai.

Lagi geng baru, skins dan stablefoult.
Terjumpa pulak rakan baru, Wan Sham namanya. Badan kecik tapi badan berketak. Pukul bola zooommm terbang melayang bagaikan helang. Handalan jugak, kincapung dalam golf sejak kecil didikan bapak. A.Khalid ketika tu dah tak join dah kami, pencen menumpu sepenuh masa ke arena masakan la agaknya. Kami, Dr Marlizan (d0c), Norizam, WanSham dan aku menjadi rakan golf main setiap minggu. Di situ la aku blajar betting dalam golf, skins dan stablefoult. Betting bukan berniat nak dapat duet. Tapi dengan adanya betting, performance golf akan naik kerana semangat nak bid on each holes. (halal betting namanya ni, sah dihukum agama). Strategy pon kene ada dalam skins dan stablefoult ni. Memang menarik golf ni. Makin aku cinta. Tapi time tu aku jarang sgt menang, balik² kene kitai dek Brader Norizam dan WanSham. Cam biasek kalau dah kene kitai tu, niat dihati hanya utk menimba pengalaman dan exercise je la. Tapi geng ni tak lama, WanSham dah abis masters, Doc dan Norizam plak dah abis project dan attachment. Derang pon pulang...skali lagi sekonteng aku ditinggalkan..tak sempat aku nak jadi terrer pastu kitai derang pulak..

Lagi Golf dan A (part 2)...becoming pro


Thursday, February 26, 2009

Sayonara Gladstone??

Resignation letter secara rasminya dah di hantar ke manager. Tarikh official bertugas bersama CITEC pada 18 Mac ini. Ade dalam 20hari je lagi! uih! Tak ramai lagi budak opis kat sini dan Brisbane yang tahu. Aku suruh manager aku je yang email kat semua org. Tak reti aku nak kasitau derang camne. Bleh tahan gak manager aku sedeh, siap pet pet kat bahu aku lagi tadi tuh. Tapi time aku aku tgh layan facebook! hahaha belassahhh aje.

Hmm kene start list down la ni bende² nak buat sempena penghijarahan fasa pertama ke Brisbane. Pastu kene plan fasa kedua penghijarahan ke tanah air. Pastu fasa ketiga penghijarahan ke luar Malaysia semula tapi di mana? haaa itu nanti punya cerita. Might open up a new blog again. Rase gile kejap je kat Gladstone ni start from 29September 2008 haritu. Walaupon kejap banyak gilee aku blaja pasal IT ni. Lebih² lagi Microsoft product. Dulu dgn Dept of MainRoads gune Zenworks product. Mmg bagus CITEC ni. Mane taknya mereka la yang incharge segala ICT govenment ni. Byk gak mende² sulit gomen yang aku ada access dari mailbox derang sampai la boleh remote tgk ape mereka tgh buat dan lagu ape derang tgh pasang. Nasib baik je aku tak pakai ketayap dan jubah pegi keje, kalau tak aku dah jadi dah terrorist.

Glastone ni pon tak sempat explore. Semua jenis ikan pon blum say hi. Aih dah start emo dah ni..baik aku stop.

Amek layan awie sepam:


Di Medan Ini - Awie

Tuesday, February 24, 2009

Laporan Ekspidisi Fishing Kayak Tournament R2.

Weekend lepas bagaikan cuti setahun. Cuti memang jalan seperti diplan. Cume plan tu mmg seperti untuk anak anak muda je. Penat bagaikan gaban! Mane taknya hari² tido 2-3 jam je.

Aku selamat sampai Alhamdulillah ke bumi Gladstone malam tadi. Perrkkkk jauh rupenyer Gladstone ni. Tapi hari Kamis tempoh hari drive dari Gladstone ke Brisbane tak rase jauh pon cam rase ke kedai Pok Semey Kg Penambang je. Layan melalak lagu Awie dan Butterfingers, tibe² je dah sampai Brisbane. 7 jam rasa bagaikan 7minit. Mungkin excited nak jumpe geng² Brisbane agaknya. Tapi perjalanan pulang kelmarin gileee bosan rasa muak. Slow je rase padahal Bawang Merah dah pecut hingga 140km/j berdesing telinga. Nak melalak nyanyi sekor² pon takde mood. Tapi yang penting sampai....

Hari Jumat besday aku takde pon buat ape². Awal pagi manager semangat call henfon aku tinggalkan voicemail ucapan hepi besday. Hehe rajin tul die, lagi la rasa berat hati nak resign. Tengah hari pegi Inala kampung vietnam pekena bubble tea papaya umph! Pastu gi gunting rambut, makcik vietnam tu takyah tanyer die tahu dah camne style aku nak. Senyum je die kat aku. Sambil tangan ligat gunting rambut aku, die kepum peng senampeng kamcarai borak gossip vietnam bersama pelanggan lain. Aku senyum je asalkan jgn tercantas telinga aku dah la. Kalau tak ade yang aku maki hamun dalam bahasa vietnam. Petang tu plak hujan lebat. Budak² tak turun padang. Brisbane ni kalau petir mmg ganas. Jadi kami lepak² sembang kosong.

Sabtu awal pagi layan golf bersama brader postgrad dan brader staff petronas ni. Borak² pasal project Petronas dgn LPG yang akan diadakan di Gladstone. Aku rasa orang Msia amat handal dalam bidang golf. Otai dan steady je main sampai layan rokok Msia. Tapi bila dah frust perkkk mmg abis skotak rokok terus. Time tu la aku catch up dan terus kitai mereka di saat akhir lubang. Aku pon lama gak tak main golf. Permainan aku amat cantik plak hari tu. Golf mmg permainan yang ganjil. Tanye la Tiger Wood kalau tak caya. Nanti aku pass no fon dia. Petang plak layan bola padang. Main padang besar. Rase cam nak tercabot peparu. Gile lama tak main bola. Aku plak gatal kaki pi main posisi winger. Sengih je la keje aku bile tak larat nak lari. Semua ni gara² FAM. Malamnya layan EPL sampai pagi kat Gold Coast di rumah David dan Razin. Memang seronok melayan gelagat Razin dan pakcik David tu. Sedar² dah kol 5am!

Tak sempat nak tido, dah nak kene gerak ke pantai. Ape lagi kalau tak yang ditunggu². Fishing Kayak Tournament Round 2. Setibanya kat sana peserta dah siap² nak berlaboh. Alamak lambat rupenye aku (mmg dasar melayu tul). Dgn agak menggelabah aku pasang siapkan kayak aku lepas register. Ini la kali pertama aku berlabuh kayak ke air masin. Biasannya di Gladstone di sungai² air tawar. Hari tu jugak panas terik. Memang tak dapat menafikan sepanjang dari jam 6am-1pm tu mmg aku amat menggelabah memancing sebab mlayan ombak dan angin. Umpan plastik yang aku bawak tak dijamah oleh ikan lansung! Ku tengok kat GPS ikan berduyun² bersuka ria dalam air. Pelik. Dan area fishing tu plak luas benar! tak tau nak cari spot mana memancing. Sedar² dah nak abis masa. Kene pulang ke tempat tadi. Di akhir pancingan tu, tiba² snappppp!! zzzzzzzzzzzaaaaaaappppp...joran aku ditarik ikan. Wooopp! Bengkok rod aku ikan tu tarik. Ramai jugak peserta lain tgk. Aku mesti naikkan ikan ni...mesti dalam hati aku kate. Tak lama lepas tu ikan dah penat baru aku nampak Flathead rupanya. Besar separuh meter! Haa ok ni yang part frust tonggeng ni. Time elok² aku pegang ikan tu utk ke atas kayak. Tibe² die menggelupur cam kene sawan! Kelepuuuut, kedush! Aalamak, tercicir! Fuhhh sampai skarang rasa frust tonggeng.

Sengih je la aku time pemberian hadiah tu...sebanyak 38 peserta tetapi yang dapat ikan hanya lah 9 orang! Fuh lega laa jugak maknenye aku tak sengal la. Tapi harapan aku utk kalahkan mat saleh tak tercapai. Cabutan bertuah ni mmg pengubat hati aku. Aku menang langganan majalah ikan untuk setahun! ahaaha. Bila borak² dengan pemenang lain. Baru aku tahu ape silapnya aku. Rupanya aku guna umpan plastic utk ikan air tawar. Padan la ikan laut ni takde selera! Ceit! Mmg byk benda yang aku blajar hari tu. Termasuklah mengawal joran dan tali ketika ombak melanda. Mat saleh ni bagus jugak kekadang tak kedekut ilmu. Round 3 akan diadakan bulan depan. Nak je aku masuk lagi tapi tgk la itu semua bulan depan punye cerita. Penat gak hari tu tapi hati tetap puas sebab tercapai gak hasrat memancing di lautan Gold Coast yang dikenali ramai.


*Kelibat persiapan jentera


*Sibuk usha kayak orang lain. Hehe


*Berlatar belakang bandaraya Surfers Paradise.


* Muke harapan nak hadiah.


* Kayak Fishing Tournament 09 memang rock!

Wednesday, February 18, 2009

Ouh yeah!



Tara! Hensem dah Bawang Merah berketayap kuning..heheh.
Harini halfday keje, lepas meeting kol 1pm chow chow zooom ke Brisbane! Tak tau ape yang aku rindu sgt Brisbane ni, tapi yang penting udara Brisbane jauh lebih segar dari Gladstone. Mmg boleh rasa.

Jumaat
- Pegi HQ kejap jumpe Manager nak bincang pasal resignation plan aku.
- Solat Jumaat. Lama tak merasa solat Jumaat beramai².
- Jogging bersama Ansar dan rakan².
- Cari store nak simpan barang. (siapa baik hati nak offer store please)

Sabtu
- Bergolf bersama geng postgrad waktu pagi.
- Tengahari pegi kedai fishing nak beli bream lure.
- Gunting rambut dan pekena buble tea kat Inala bersama Ansar.
- Main bola bersama geng undergrad waktu petang.
- Aktiviti bersocial dan gossip ria.
- Study ikan sket. Tido awal.
- Mimpi dapat ikan.

Ahad
- Kol 5am gerak ke Surfers Paradise.
- 6am start kayak fishing tournament! (disini).
- Chip & Putt golf bersama Ayep dan rakan² di petang hari.

Senin
- Drive back to Gladstone...uhhhhh..

Anyway, pagi tadi budak opis buat Morning Tea sempene besday aku esok. Hehee aiseh derang taktau lagi aku nak resign ni. Siap kasik besday card lagi tuh. Adeh deh deh..

Righto! Have a sweet weekend!

Regards,
Az

Misteri Roti Terbongkar Part 2

Manusia memang suka memberontak apabila digertak. Lebih² lagi bila dah selesa. Tunjuk perasaan di mana². Sikap ini kemungkinan muncul dari dasar kealpaan seseorang terutamanya pemimpin. Manusia tidak mungkin lari dari kesilapan. Bukan berniat untuk buat silap, tetapi mungkin dah tersilap. Begitu jugak dengan misteri roti ini. Tengok je laa summary details receipt yang aku jumpa tempoh di hari kejadian:

-------------------------------
Store 1029 Gladstone
ABN 511 1066 7411
RECEIPT
(tax invoice)

Operator 28102 Jack
Register 002 5-feb-2009 17:25
--------------------------------
Product Each Total
QTY
----------------------------------
#400180 Just Juice 3L 3.00
#166708 Fine Range Egg 4.19
#245255 uht Slim Milk 2l 3.59
#425245 Aus Red Apple 4.50
#246544 Tim Tam 2.99
-----------------------------------
Sale total 18.27
EFTPOS 18.27
------------------------------------

Jadi, maneeenyee sang roti???? Mungkin misteri hampir dibongkar...tetapi persoalannya kenapa tidak ada dalam list?

Kemungkinan bongkaran misteri akan sambung part 3...kalau rajin, berminggu penat dah ni fikir pasal roti ni saje.

Monday, February 16, 2009

Misteri Roti Terbongkar

Bermula dari malam semalam sampai harini aku rase pelik smacam. Malam tadi mimpi aku makan cekodok pisang cicah madu combo milo ais, bes gile mmg boleh rase nikmat cam real. Dan harini plak setiap kali aku ke plant, asap dari process bauxite yang biaseknye busuk tetapi harini aku bau budu..dan kekadang bau etok! Perkkkk sedappp jee hirup. Aku pon taktau apesal. Hahaha bau budu tuu. Tapi pelik sebab aku ni bukannye fan of budu pon. Misteri betul..

Sejak dua minggu kebelakangan ini, Victoria kene landa bush fire terbesar dalam sejarah Australia. 147 org mati dalam kehangusan dan ratusan rumah dan ladang menjadi arang. Cuaca panas nian mencecah 53darjah celcius. Manakala north Queensland pulak dilanda banjir terbesar. Puluhan jalan ditutup, sang buaya liar dari sungai kelihatan di kawasan perumahan menunggu mangsa. Hujan lebat tak berhenti² membuatkan air dari kawasan empangan tidak terkawal. Sebelum ni tak penah² terjadi dua fenomena serentak di satu musim dua tempat. Misteri betul..

Harapan mak aku untuk pindah ke Seremban tahun ni tak menjadi. Keje sebagai cikgu mmg susah nak transfer lebih² lagi tinggal lagi 2 tahun untuk pencen. Sian gak kat dia, stuck lagi laa kat Kelantan. Rumah dah confirm beli, dekat ngan padang golf plak tu. Aku plak semangat dah ni nak punggah barang² pindah dari Kelantan. Abang aku plak dah setelkan advert jual rumah kat JB. Terpaksa laa aku masih mengaku aku dari Kelantan lagi untuk dua tahun dari skarang. Tak boleh ngaku orang JB nanti ade member marah. Aku tak tahu laa camne nanti keadaan kat Seremban. Nak speaking noghori pon tak reti. Team bola Negeri Sembilan pon tak sepower Kelantan FC yang menduduki tangga kedua di bawah Selangor di Liga Super. Penyokong Kelantan FC pon boleh tahan hardcore. Helmet mmg sentiasa di tangan tunggu si ponyokong lawan buat hal je. Hmm aku pon tak tau ape misterinye di sini..ape kene mengene dengan roti ni weh?

Ok ok focus. Makin hari macam² politik kat Msia ni. Makin seram dan dasyat. Isu perkauman blom abis tibe² kepam pasal issue hak pemartabatan Sultan. Tiap² hari tgk Buletin tv3 tak henti² demotrasi menpertahankan kedaulatan para Sultan. Macam kelam bin kabot dah jadi politik ni. Dah tak focus kepada kemajuan negara dah. Ekonomi macam tu jugak teruk. Duk sibuk pot pet pot pet. Cuba la focus sket. Lain la macam Sultan Brunei, berani cakap sendirik tanggung la. Cuba ngumpat sket pasal Baginda depan orang Brunei, abiss keje blacklist terus! hehe..

Memang betul, nak jadi ahli politik memang susah. Dugaan kiri kanan atas bawah depan blakang. Tapi kalau ditengokkan pemimpin kite skang pon takde dah yang pandai cakap macam Dr M kite dulu. Speech pon semua macam bace text, tak inspiring langsung, karisma pon kurang. Terutama si TPM kite Najib, time cakap/speech sure bijik mate tak focus cam hafal text. Kalau aku bace text takpe la sbb aku bukan TPM mahupon PM. Aku rase si Najib tu kalau blakon drama sure director kasik die watak kucing bisu ataupon tiang letrik je la. Nak blakon ngan Sofia Jane atau Nasya Aziz mmg toksah berangan la kan. Sedih aku kenapa org yang tak berkaliber boleh menjawat jawatan yang tinggi di negara kite ni.

Misteri Roti Terbongkar akan disambung..part 2

Friday, February 13, 2009

Karenah si Koala.

Petang smlm dlm kete aku dgr aa radio. Macam biasa la radio ozi ni pot pet pot pet je tahu...lagu² tak byk pasang. Nasib baik ade mende yang mencuit hati. Topic rancangan masa tu adalah 'the most memorable birthday present'. Ini dia ringkasan bunyinya yang mana aku ingat conversation si Koala dan topic rancangan:


Dj: We have a koala on the phone..How are you koala?

Koala: I am very very one fine koala. ( Uiyio part tu pon dah buat aku sengih gile poyo menatang koala sekor ni)


Dj: Wow you obviously have a certain accent there.. (sbb mamat tu punye english mmg cam chinese slang not aussies dan cakap style perlahan)

So..Why are calling yourself koala?


Koala: Yeeeessss..Because I am Malaysian koala. (hahaha terkejut gak aku)

DJ: I dunno that Malaysia have koala overthere.


Koala: Hmm..well..i am from KUALA lumpur…soo I am KOALA..

(Dj tu blur kejap tanpa kate ape²…Serious Dj tu cam rasa tak kelakar...


ahahah yg mamat koala ni plak sibuk sambung cerita pasal kenapa die suka koala..gile off topic! sian si Dj melayan karenah koala Malaysia ni..hehehe...

Tuesday, February 10, 2009

Igauan Darren Stewart dan kengerian kini..

Suatu hari dulu...
Time tahun akhir awal 90-an, waktu tu aku baru skolah rendah di Johor Bahru. Zaman tu mmg zaman kegemilangan pemain bola import dan tempatan yang handal sebelum arena rasuah berleluasa. Rumah aku dekat je dgn stadium larkin dan satu taman perumahan dengan pemain import johor. Mane taknya jiran aku dulu Alistar Edward tu! slalu aku main bola pastu sepak kasik masuk rumah die, pastu tekan loceng suruh die amekkan bola tu. Heeheh. Bukan skali dua, tapi byk kali! saje je jakon..tapi die penyabar orangnya.

Satu petang..
Macam biase bapak aku bawak aku naik motor kapcai honda lampu bulat jalan² dan singgah kedai runcit. Mase kat berhampiran tu terjumpa wallet. Jadi bapak aku bukak laa, skali ade ID bertuliskan "Darren Stewart". Fuh! Aku keeenaal mamat ni. berdebar aku. Mamat ni mmg defender Johor FC yang gagah. Rasa bangga pon ade dpt pegang wallet dia. Hehe. Bapak aku yang sememangnya orang yang jujur terus pandu motor kapcai ke rumah Darren Stewart. Setelah 'Ting tong ting Tong!' loceng dibunyikan. Keluarlah mat saleh sorang ni yang tinggi ke pintu gate. Aku mane reti cakap omputeh mase tu terus hulur je wallet tu. Si Darren tersenyum dan salam dgn aku dan bapak aku. Fuhh dapat salam tu beb. Kat sekolah esoknya sibuk aku cerita kat member² lain mmg derang jeles abis. Hehehe. Itu lah begitu bangga dengan pemain pemain dahulu.

Suata masa kini..
Pemain import dan tempatan semua main macam haram. Dah la tu nak kawin dgn artis yang cun cun sahaja. Azman Adnan dulu takpe laa kawin ngan artis sbb dia legend. Kini mmg bikin FAM pening kepala je. Serba salah nak stop atau guna pemain import. Sebab dah tahu dua dua jenis player ni sampah. Ini salah satu bukti:

Sila forward ke minit 7.45




Gila sengal! Sure mamat ni dah tak pegi smayang jumaat takut kene pukul!

Thursday, February 5, 2009

Pencarian Roti Misteri

Semalam, akibat lunch makan megi je. Lepas keje perut lapaa gilee, kepala berat sgt penat. Dah terbayang roti benjo (roti berlapiskan telo goreng+kicap+bawang) yang enak. Singgah kejap ke kedai nak beli roti sebungkus. Macam biase kononnye nak beli roti je, skali terborong epal, orange, tim tam dan susu segar. Ini la bahaya shoping mase perut lapar.

Ok lepas keje unpack laa semua tu, epal, orange, tim tam dan susu simpan dalam peti ais, manakala roti di taruk atas bench groceries bersama tin tuna, nutela, ribena, milo dan kicap. Mmg amat pasti di situ semua barang belian tadi disimpan. Mmg keadaan nazak gak lapaarr gile. Tapi sebelum nikmat roti benjo, kene mandi dulu, solat asar. Dah wangi² bersih baru besss nak makan. Time mandi pon dah terbayang betapa sedapnya roti benjo ni. Fuuhh nak je makan time mandi tapi mmg tak logic. Jadinya sabar...

20 minit kemudian..segar dah siap mandi dan segalanya dah ni. Mmg excited gile nak buat roti benjo. Check telo ada, minyak ada, butter ada, bawang ada.. Skali.....ehh roti kat maneee??? Fuhhhh menggelabah mencari. Lapar terluak² ni. Terus aku cari dalam bilik, takde..dlm beg takde, dalam kereta takda, dalam toilet takde, dalam cabinet toilet takde, dlm fridge takde. Time tu si Pirate (kucing) mengiau2 lapar, aku cek kat mulut die takut ada saki baki roti dan area makanan dia..tapi takde! perkkkk...gelisah! Mmg tak mungkin housemate aku amek sbb derang bukan jenis rembat makanan org. Die pon dlm bilik tak keluar², so tak mungkin.

Lama gak mencari akhirnya give up. Ade 3 keping lagi roti yang lama hampir expire. Ade dah nampak kulat sepam dua bertombok di roti tu. Telo dah masak goreng dah ni. Lapar tak lapar...belasah jee makan dgn roti kulat tu. Makan depan tv. Yang part kulat² tu aku koyakkan, sememangnya buruk berlobang² burger benjo kali ni. Kicap meleleh² kene tangan. Rasa masih sedap, tapi kene makan laju² sbb telor kuning pon dah pecah meleleh ngan kicap dan bawang jatuh². Iklan kat tv tak abis lagi tapi dah abis makan..tak sampai 3 minit rasanya aku makan. Potong betul...

Sampai harini masih misteri...di mana roti aku beli semalam...

Wednesday, February 4, 2009

Lawak Rabu pulak





Creative sungguh budak-budak ni, taktau aa pekerjaan engineer ke buruh ke kan. Lukis² button tu ok aa lagi..siap ade nombor..skali yg atas skali tu paling tak tahan. Hahaha..sengih aku sorang² dalam lift plant tadi.

Tuesday, February 3, 2009

Lawak hari senin.

Semalam time aku nak jumpe client. Terserempak ngan sorang engineer mat saleh ni sedang maki hamun study lamp yang rosak kat CRT Monitor dia. Lepas tu dia nampak la aku pastu dia tanye, aku bley repair lampu ni ke tak? Lantas aku kasitau aa pesal lak aku nak repair, sbb bukannye IT related pon. Dia yang muka amat blank dan agak radang berkate lagi yang lampu ni mmg utk PC dia. Gila mmg agak keras kepala sekor ni, biasek aa engineer sini berlagak pandai nak menang saje. Slang toksah kate la mmg pekat ozi abis, bibir pulak separuh cover oleh misai dan janggut blonde dia yang lebat, berbadan bulat dan besar. Bapak yang garang ni kate hati aku.

Aku masih terpinga² ape guna lampu ni utk pc? Pelik dan hairan. Lampu tu plak di taruk di atas CRT Monitor dia. Maknanya dia guna lampu tu bukan untuk baca kertas atau buku atau pon untuk terangkan sekeliling area. Hebat tul engineer ni connect lampu untuk pc untuk ape? Penat aku fikir akhirnya aku suruh dia explain elok² kegunaan lampu tu.

Jawab beliau dgn nada genius,

"Kon sai a foking thing onet! Blowdy screen is foking dark moet!"

Transelit to american english =
"Can't see a f**king thing on it! Bloody screen is f**king dark, mate!

Dengan tahan ketawa sambil tunduk, aku taruk lampu tu ke lantai elok-elok. Lepas tu aku tekan button kat monitor tu untuk terangkan screen brightness dan contrast. Wolla! Teranglah screen tersebut.

Terkedu ko mat saleh tu tanpa terima kasih tanpa hiraukan aku lalu dia duduk sambung keje dia.
Ingatkan engineer bijak abis la tu. Kesian.


*moral = Mat saleh is a d*ckhead.