Tuesday, January 13, 2009

Movie of the year

Byk gak sebenarnyer aku tgk movies lately, cume tak sampai hati nak taruk review semuanya hampasan dan ada yang menarik tapi tak sampai tahap 'umph!'.
IP MAN cerita best stakat ni, mmg bunyi cam superMAN, batMan tapi tidak sama sekali...



Hahaaaaa amcam? ketar kapla tak?
Jangan risau, aku takkan spoilkan mood korang utk tgk movie ni. Part² penting takkan aku discuss detail. Sila teruskan baca:

Storyline:
Aku rase mmg cerita ni base on the true story la. It was all started when Japanese buat perangai dalam dunia particularly in this movie they called it Second Sino-Japanese War. Hero dalam cerita ni name dia IP MAN mmg amat gagah dan handalan dalam ilmu Kung Fu. Mmg gagah super kuat aaa...kasik jee ape² semua dia blasah. Tgk la time dia marah mmg silap besar aaar, guru besar skolah rendah aku pon serender dgn rotan dia.

Jalan cerita dia takde aa karut, semua scene ada significantnya dan every moves of semua character ada ceritanya. Mmg bijak si director. Tak buat main² mmg amek berat each details dan quality. Cerita dia tak konfius cam cerita Batman 2008, so korang boleh baring, duduk, tonggeng and enjoy the movie takyah penat pikir sgt. Tapi amaran disini, jangan makan sambil tgk movie ni..rugi beb nanti ada part² kecil yang penting akan terlepas pandang.

Characters:
Semua mantap lah. Ip Man pon mmg cool, dengan patuh dgn kate bini yang cantik. Dilema antara famili dan kungfu. Ketar je kaki nak berkung fu tapi bini jeling je terus tak jadi. Yelaaa asyik kung fu siang malam, anak bini nak gak kene layan. He he he.
Watak jahat pon bijak dan takde aa nampak jahat sgt walaupon character dia jahat. Berbeza dgn filem melayu contohnya Castello, ko tau aa camne dressing dashyat jahat dlm cite tu.

Biasek dlm movie² general yang kuat dan jahat, tapi anda silap kerana movie ni orang kanan dia lembik dan kejam. Mmg bagus dia blakon kasik aku geram jeeee cam nak wacha wacha leher dia.
Cerita ni mmg focus kat hero Ip Man ni tapi characters lain tak tergantung langsung. Bijak aaa..fuuuuu~ (sambil geleng kepala)

Kung Fu VS Judo
Hooooo best mmg best. Cerita ni mmg penuh ngan Martial Arts. So bila Japanese dtg kacau China, mamat ni telah dicabar oleh si General yang handal Judo. Dia nak tunjuk ilmu negara mane yang lagi kuat. Bley tgk aa camner Judo (slow movement but high intensity handpower) lawan Kung Fu (very fast movement and flexible) So ending korang tgk aa sendiri sape menang sape kalah. Aku sendiri pon susah nak agak ape hero tu nak buat bile final part tu.

Ada jugak selitkan dlm movie ni tidak menafikan akan kekuatan pistol dan senjata api tapi ada alasan dan explaination tentang berikut. Bagus...so takde aa karut kungfu ni bley dodge bullet ke hape.

Computer generated imagery (CGI) & shot angle:
Two words, 'tak exaggerate'. Mungkin korang masih ingat cerita Storm Raiders (base on Pedang Setiawan comic), yang byk SGI dan mmg cerita ni kabbooomm last time. SGI mmg menarik tapi cam tak logic.

OK. Movie² skarang mesti ada slowmo technique. Dalam movie ni ada a few times je slowmo which is bagus tak boreng dan mmg bijak angle shot time gaduh kerana tak serabut. sememangnya bley tgk aa movement camne dierang practik kan ape yang derang practice into real fight. Fuhhh kalau layan ngan bapak aku sure byk aa sound effect keluar dari mulut dia. Hehe.

*Crouching Tiger Hidden Tiger, a very well colour played but yet...

Segi colour application pon cun dan cantik sesuai dgn zaman tersebut, berlainan colour concept dgn movie Crouching Tiger Hidden Dragon which is more beautiful but kurang tahu bila sbenarnyer the story taken in place. Kalau ada HD DVD confirm aku beli!. Serious tak tipu bley rasa cam aku kat dalam movie tu.

After menilai semua perkara perkara kat atas sememangnya sesuai la filem ni aku anugerahkan MOVIE OF THE YEAR 2009. Tunggu dan liat kalau² ada yang boleh cabar movie ni pada tahun 2009. Rekemen amat nian tuk korang tgk sendiri.
So ape lagi? "Ley ya! Ley ya!" (Bak maii! bak mai!)!


*next movie tak sabar nak tgk: Budak Kelantan . Click for trailer, cam best je. Jgn jeles aaa ..jgn nak tiru buat Budak KL plak ke, Budak Bangi ke..Budak Segamat ke..
Budak Brunei pon tak bley...tade takde..takleh...

No comments: