Matlamat/Objektif:
- Untuk mengenalpasti kesahihan dan kebenaran mengenai umpan tiruan (lure). Sebanyak enam umpan tiruan dibeli dan untuk kali ini hanya dua sahaja yang akan digunakan.
- Dua kaedah pancingan yang digunakan iaitu kaedah High Speed Spinning (lure) dan kaedah gantung biar (bait) bagi menentukan perbandingan kepantasan untuk menarik minat ikan.
- Disamping itu eksperimen ini juga untuk mengenal pasti lokasi (port) yang strategik bagi ikan-ikan untuk berkumpul. Ekperimen ini bermula pada jam 1.30petang hingga lewat malam. Bekalan McD disediakan bersama untuk sandapan si pemancing muda tersebut.
- Target mangsa kali ini adalah taylorfish/flathead/stingray bagi laut masin dan bream/carp/catfish/bass bagi air tawar.
Alat Radas:
3.5meter Jarvis Rod, 2.5meter Pink Jarvis Rod, 1 hard plastic crankbait, 1 soft plastic bait, 1 rod holder, 250ml tuna oil, 1 small fish fillet value meal with sweet chilli sauce. :)
*Soft plastic bait, mcm real. & road holder, amat berguna.
Kaedah:
Lokasi pertama:
2.5m Pink Rod di campak dengan menggunakan udang sebagai umpan dan disangkutkan di rod holder. Sementara itu 3.5m digunakan utk fly fishing dgn menggunakan soft bait disapukan dengan tuna oil bagi menaikkan bau an tarikan ikan. Kelihatan beberapa pemancing lain sedang mencuba nasib.
*teluk yang jernih sentiasa ada pemancing yang mencuba nasib.
Lokasi kedua:
Power Plant river, lokasi ini adalah terbaru dan belum penah dicuba. Keadaan sungai paya bakau amat tenang sekali. Tiada kelihatan pemancing lain di situ. Mungkin terbaik juga jika ada boat untuk memancing di sungai tersebut.
* kelihat power plant di kiri dan jambatan di kanan yang tidak jauh dari tempat parking.
* air yang tenang jgn disangka tiada karen (kiri). Port terbaik di bawah jambatan.
Perbincangan:
Seawal minit ke 15 di Boyne Island, 2.5 Pink Rod telah berjaya digamam oleh seekor bream lebih kurang 25cm. Manakala 3.5m rod dengan pacuan plastic bait tidak mendatangkan hasil. Selama hampir 2 jam di lokasi tersebut, 2.5 pink rod telah mengenai beberapa ikan besar tetapi putus tali disebabkan tidak mendapat tapung berat ikan tersebut. Geram dan rugi terasa. Jam 4.30ptg air semakin surut dan tibalah masa untuk ke lokasi kedua.
Mengambil masa selama 20minit ke lokasi kedua. Berhenti sebentar di Marina Park di sebelah laut besar untuk mengenalpasti (usha) port. Padanlah tiada pemancing di situ kerana air telah dicemari minyak oleh boat kargo berhampiran. Setibanya di sungai Power Plant, hari sudah senja. Terdapat jambatan dimana dibawahnya sudah pasti menjadi port ikan (ikan suka di tempat gelap dan teduh). Laluan batuan dan lecak direntasi utk ke bawah jambatan tersebut. Baru sahaja sampai dan memasang siap rod, kelihatan serangga serperti flying ants dan nyamuk keliaran. Banyaknya tidak dapat dibayangkan namun pemancing ini tetap tabah dan buat² kental mancing. Sekali tidak sampai 10minit, terasa pedih dan gatal seluruh badan dan pemancing terus cabot lari masuk ke kereta dan zooooomm balik terus dengan perasaan tidak puas hati.
*My BM (Bawang Merah) bergaya berlatar belakang bot kargo hasil galian mineral.
Rumusan:
- Kesahihan penggunaan umpan tiruan tidak dapat dipastikan kerana kemungkinan lokasi yang tidak bagus dan masa yang sekejap diluangkan.
- Kaedah gantung biar amat digemari ikan berbanding fly fishing tetapi hanya digemari ikan kecil sahaja.
- Lokasi pertama boleh lagi untuk di explore di bahagian tepian laut besar kerana tiada gangguan boat. (ikan suka di bahagian tenang). Lokasi kedua adalah gagal kerana serangan serangga serangga jahanam tersebut. Akan kembali ke lokasi tersebut dengan membawa Riksect dan insect repeller. Setelah dibincang bersama officemate di office, tempat tersebut di penuhi oleh buaya buaya dan tidak digalakkan untuk bermain di tepian sungai mahupon inflatable boat. Hu hu Hu.
- Ikan bream adalah ikan paling mudah untuk ditangkap. Kemungkinan umpan bagi ikan lagi perlu disiasat dan dikaji lebih terperinci.
Akibat nak buat kebal, pemancing ini merana kegatalan seluruh badan akibat bisa flying ants. Macam kene cikenpok, merah² di seluruh badan dan telinga naik capang akibat gatal. Padan muka. Tak jadi nak stay sampai malam.
Sebelum ke lokasi, subjektif telah ke kedai BCF (Boat Camping & Fishing). Terdapat perbagai jualan canoe dan boat. Sekali lagi subjektif telah dinasihatkan oleh penjual di
- inflatable boat - $139, 12v electric motor from $300
- inflatable kayak single- $200
- single kayak - $300
- real boat – from $1500 ext motor.
Kemungkinan akan beli inflatable boat, tetapi akan rasa bosan sbb bawak keseorangan. Gile bosan.
Ekperimen kedua akan di adakan tidak lama lagi dengan kelengkapan lebih bagus dan apabila sakit gatal sembuh.
Laporan disediakan oleh,
Azman Mashor
No comments:
Post a Comment