Friday, January 9, 2009

Pertemuan kaum muslim

Sejak akhir² terasa sedikit kesedihan. Bukan exactly sedey tp cam down gitu. Dan bosan rasa tahap cipan sbb storm all days all weeks now tak dapek aa nak memancing ikan. Pastu plak internet quota dah abis. Lagi aa mati kutu semua movies dah abis layan. Rase muak seafood menjadi² plak, terus aku puasa harini tension taktau nak makan ape. Game plak buat perangai stuck satu level ni taktau nak lepas camne ngan boss besar ni.

Mungkin saat² down camni Tuhan nak tunjukkan sesuatu. Yes, i've met this muslim who is happened to be one of my clients. Dia dgn begitu rajin terus emel rakan² muslim yang lain, tak lama petang tu terus kepam dpt email yang mereka begitu glad dan gembira dapat jumpa another brother. Tak ramai pon dalam email tu ade aa dlm 8 org je. Tp ok aa kan? Most of them are Bangla and Paki. Tapi ade plak brother sorang ni Indo tepon aku nak datang umah nak kasik pelam memandangkan musim mempelam tatkala ini. So borak² rupanya dierang ade buat smayang Jumaat. Caayaaalaaa! Terus aku sms mak bapak aku lagiii aa dia hepi. Yela lama siot tak dapat peluang smayang jumaat. Rindu wooo. Kalau kat Msia dulu² time kutbah tido aa plak.

Tadi baru je balik dari smayang jumaat dgn mereka. Kenal lagi sorang brader engineer ni dari Seremban baru gak keje kat sini. Mmg hati manusia tidak penah rase puas la kan bila dengar brader ni (Adi) kate die keje dpt sponsor 100% everything, everything tuuu...dpt kete Ford Focus + minyak, duk free kat hotel dalam bandar, visa pon sponsor kepam 4 tahun terus. Best tul jadi engineer, jeles tul. Umur brader ni baru 30 tp penah keje kat UK gak. Handalan siot.
Ok ok yg bes lagi die kate die kaki mancing gak! huhhhooo! Ahad ni kalau tak ujan dia ajak turun padang..cayalah! Nanti bley aa update lagi kat blog ni.

*Kira halal aah tak cukup 40org pon solat Jumat.

Tuesday, January 6, 2009

Judgement day.

Awal tahun dah ada issues. Aku ni agaknya mmg bermasalah kot. Kalau waktu di skolah dulu confirm dah kene labelkan 'Pelajar Bermasalah'. Adeeeee je mende yang akan terjadi dan dugaannya. So one of the issues:

PART ONE : Crucial dates for PR.
Received email from my lawyer. Saying the case officer would not grant PR until my spouse return back to Australia. Yup, understandable.
So bidadari will be here from 15 to 20 Jan next week. The thing is of course they will grant on working days which is only left on 15 (Thursday), 16 (Friday) and 19 (Monday). Neglect 20Jan as her flight going back to Brunei awal pagi.
Doa doa aaa byk² agak case officer tu grant on those three dates. InsyaAllah..Otherwise? Mmg sudah ditakdirkan aku bukan berezeki di perantauan mat saleh ni. I knew there's still a way to get PR but I might giving it up. Tak mampu la beb nak lawan takdir.

Meh kite share tgk betapa byk sbenarnyer dan spent for PR ni. Bagus utk rujukan siapa² nak apply PR. Dan aku rasa aku ni dah masak dah dgn selok belok PR ni. Neway nah:

Agak hilang akal gak aa the amount, plus minus AUD18570 tu brader! Banyak gile dah rupenya duet abis utk PR ni, walaupon mungkin still like 40% untung in money wise (earned > spent) tapi mmg rasa idup ni tak ke mana, stucked with loneliness. Jadi perlukah aku teruskan fight for the PR ni?In fact almost 5% je lagi nak granted PR ni, almost dapat ni. Satu keputusan akan diumumkan kelak along with the dates of 15th 16th & 19th dengan lafas Bismillah...

*aku dah tanamkan naza kalau dpt PR ni. Aku blanja sape2 yang doakan aku skali ni. Takleh ngelat mintak blanja kalau tak doakan.
*Part two to be continue.

*Hari ni hari malas aku, takde mood. Keje pon byk dah setel Kasiktau bos guna ayat 'crook' then now dah kat umah dah..hehehe...

Friday, January 2, 2009

Recap 2008: The year with new career.

Kebosanan yang dah terasa di Gladstone ni. Tak tau aa nape tapi mmg rase bosan, bertambah plak ngan kepanasan summer yang mencecah 38degree and humid gila berpeluh tak ingat. Cloncurry pon panas tak tak sehumid cam Gladdy ni. Tapi skali kalau hujan kat sini perkkkk nikmat mmg best.

Neway, jom kita recap 2008 which I spent most of the time served in Cloncurry & Gladstone.

Jan 08:
  • Celebrate 2008 new year with Ninad, Edwin and Victor the three good friends in Cloncurry. Was at their house kononnya nak tgk firework live of tv siap pasang projector lagi. Tunggu punye tunggu skali their local channel Imparja and SBS tak tunjuk pon ape² pasal new year celebration. Perkkk kecewa gak aa, last² ho ha ho ha je pastu balik tido.
*With Victor at Cloncurry point lookout.

Feb 08:
  • My first nephew was born! Named Adam..sempoi je. I think DOB was 2nd Feb kot. Penah jumpa? hahah tak sampai skang pon tak penah. Akak ipar pon baru je skali jumpe...derang kawin pon aku tak pegi..ini laa -ve kalau keje luar negara. Missed everything.
*A for Adam
  • He he he, first time my birthday in office environment. HR sent beday wish to me via email to everyone in the office. Sengehhh aku satu hari kat opis jumpa je org derang wish aku. Hehehe rase aa special sket. IT mmg special...
  • Birthday gift from Bidadari...nice shining Seiko watch. She always know what I need. Last year dpt black nike shoe, some of you must've notice it cuz tu je kasut jalan aku. Tq tq.
March 08:
  • Eh? aku baru Msia laar! Baru teringat..hehehe went back for setel Police Clearance for PR and setelkan problem PTPTN tibe² je dpt surat suruh bayar hutang 3ribu??Pe kes brader wa tak pinjam pon! Was there for almost 2weeks.
*With Famili @ Cameron Highland. Bley tahan gak bosan kat sane.

  • When Famili A met Famili B. :) tu je, takleh nak kasik detail detail. he he
  • Karumba Fishing Trip: Memang amat memuaskan. Karumba is situated 7hrs North of Cloncurrry at Australia Gulp (paling ujung north Aus). Remarkaby, caught a huge Queen fish.

April 08:
May 08:
  • Bad news, tak berjaya dpt keje kat Mackay. Interview went very well, dah berangan dah ingat dapat that job. . kenangan jer aaa Mackay ooo Mackay...

  • Queensland Corporate Game: Dapat gak merasa wakil main bola for Qld Govt Team. Other teams gagah² belaka. Unluncky we didnt managed to qualify to next round after draw in all games in grouping. Takde menang, takde kalah.
*With import players, Abu & Ansar rancang strategi.
  • Gregory Canoe Race: First time canoe competition! Very fantastic event, remark of the year gak la. Wakil for Mainroads, yang bestnye we champ! Salah satu kenangan tak akan lupa di Cloncurry.
*With Rachael, nice mate but cakap byk siot minah ni. Kayuh je ar! hehe

*Champ! Hoo hoooo!
June 08:
  • Cloncurry show. Ekka version outback. Participating on promoting MainRoads. Two days weekend event. First time tgk org ramai gile kat Cloncurry. ehehe

July 08:
  • Missed MASCA NCG Game Brisbane as a host 08. Gile sedeh tak terkata. Memacam helah dah kasik kat manager tapi tak dapat gak cuz not a good timing when project in pilot. Ansar plak dah siapkan letter for my manager tuu..heheh
*Team bola MASCA 08 tanpa kelibat striker berjersey no 20.
  • Vista installed into SilentAmmo. Jatuh cinta kat Vista. Beautiful..wow..very cool vista.

Aug 08:
  • 4wd Trip: Last event bersama rakan di Cloncurry. Had 2 days journey around Cloncurry. Suatu alam yang amat berlainan. Mmg best!
  • Sayonara MainRoad in Cloncurry after 14months there. Ramai jugak office mate yang sedeh, baru perasan yang derang ni suka gak kehadiran aku kat dlm office. They even threw up farewell party for me.
  • My youngest brother accept an offer from MARA for further study to Beijing after almost one year tanam anggur kat umah. Happy tak terkata mak aku, yer la takde duit dah nak sponsor last anak ni cuz abis duet sponsor aku dulu. Haa he studying Bach of Arts (Mandarin Studies). New MARA project to gather new malay teachers expertise in Mandarin.
*Mmg suka bergaya

Sept 08:
  • Went back to Malaysia and Brunei, for how long? haaa for 4 days in Malaysia and 8hrs in Brunei! tak sempat nak buat ape² pon. Kononnya nak balik for good. Yang sedehnya balik Aus 5days before raya aidifiltri! Dah dapat rasa bahang raya dah time tu.
  • New job offer, CITEC! Pangkat pon naik laa sket. Hati amat happy!Syukur..
  • Yep, pindah randah from Cloncurry to Gladstone. Bought Bawang Merah and zoooom 7hrs to Gladdy by myself. Stayed in backpackers for a few days before I found the room for rent. I may say a bit challenge for me to settle down to the new place that I've never been before by myselft too. Tapi dalam hati mmg kalau pindah KL by myself lagi gila kot, tak berani weh!
* Begini lah drive malam.

Oct 08:
  • Raya pon dlm opis je. Tak raya ape² pon. Layan je aa gambar² raya org lain kat Facebook.
  • Kunjungan Bidadari ke Gladstone! Jalan² ke Great Kappel Island. Nice & quiet island. Wicked time!

*Tidak syak lagi kemunculan pemain ini tidak sia siakan team belang.
  • Botak!!Malas nak comment ape²!

Nov 08:
  • Nothing much happened except mama's birthday. Tak kasik ape² pon, tapi takpe kasik kasih sayang. Itu je yang ibu mahu. Kan?kan? eheh

Dec 08:
  • Planning for 2009. Another big change will be. We'll see.
  • Kompang seasons. Almost 10 of my friends got married this month, included my bestmate, Luqzan and Sarah. Sila ke laman blog mereka utk memahami detik² percintaan dan detik ke jinjang pelamin. Again, layan je aa gambar² kat facebook.
*Luqzan & Sarah kawin.

*Carol & Adi kawin. Cool pic tho.
  • Konvo seasons. Abu, Denise, Ayeep and Fareez grad. Bagus..cukup² la stadi tu. Keje best!
  • Dapat 8 christmas card + chocolate from officemate and from HQ in Brissie. 1st time rasa bahang Christmas. In dat card derang sampaikan aa isi hati and impression towards me, so the card bukan only card biasek je. Different from card raya which is juz blank and ada signature, nothing written dari hati by sender.
* Kad raya Krismes dan gift.
  • PR applications finally on case officer hand! Dub dub dub dub Bismillah...
So ape kesimpulan 2008? Tahun permulaan baik dan well established bagi IT journey dan amat bernasib baik dapat kerja di bumi Aus ni, serta byk kawan ozi yang best best belaka.

Plan yang tak menjadi? Yup, plan yang agak besar that suppose to be on Dec 08. Tapi masalah teknical dan pemahaman jadi akan didelaykan kepada Dec 09.

New resolution 2009? Hmmm tah aa tak terpikir. But kerana 2008 penuh ngan decision making dan amat tak confident untuk decide, so mungkin 2009 akan cuba tidak teragak² dan confident dalam membuat pilihan dalam apa sekali pon. Mungkin boleh diletakkan Tema 2009: Tahun yang penuh 'Keyakinan'. Yeke? Tengok je aa ape jadi.

Hai hai bye bye 2008. And welcome 2009!

-Man-

Monday, December 22, 2008

25 26 27 28 ??

Weh keje 3 hari je this week. Kamis 25th dah cuti...until 28th...im not on call...so ape nak buat nii???

  • Balik Brisbane? -Hmmm budak budak sane pon tatau nak wat ape. Picnic? and surely they nak shopping on Boxing day which I've been to each of them for last 4 years maybe. Nothing interesting pon boxing day takde aa gile2 sgt discount..Moreover, copper would be floating around the roads, gile x best!

  • Explore Gladstone? hmm sound promising..byk gak blom explore.. cave, jungle tracking, lake... mcm menarik..

  • Mackay? haaa ni aku mmg dah lameee gile geram nak pegi.. ade suatu dulu mintak keje kat sane tapi tak dapek..5hrs drive gak ke sane...ade gak outdoor xtvt fishing, jungle tracking..menarik gak...

  • Ingat nak amek PADI Open Water Cert...harga $450 for 4days...ngam2 dah..tp depa plak tak buat time christmes...aisehh tak puasa pon nak raye ke derang ni? Diving mmg bes aar...cam berada di alam lain...byk kali dah aku mimpi dive siap bley nafas dlm air takyah pakai tong oksigen...hmm guess hav to do it other time.
  • Test drive Telo Kuning? cam menarik gak, last weekend dah check and patch dah mane2 yang perlu...engine plak belom ade...nak kayuh je bley tp kene kat lake aa...hmm ajak housemate pon cun gak...bley fishing skali..
  • Duk umah abiskan game? Hmm byk gak game lately keluar tp tak abis2 lain main...Left 4 Dead, C&C Red Alert 3, Fifa09, Fallout3, Farcry2..tp duk umah membersarkan perut merosakkan mate jee...tak sihat tak sihat..
  • Bundaberg trip with kekawan? hmm menarik tu mmg ler..tp derang ni nak aku turun brisbane dulu then drive naik atas smule..sakit gak tu...Bundaberg dlm 4hrs drive gak from Brisbane to North...3hrs from Gladstone to South...nak sgt2 pi kilang Bundaberg yang buat ginger beer tu...

Hmmmm??? Suggestion??

Wednesday, December 17, 2008

Sembang bersama Jemay

Hari hari celik mata pagi pagi mende pertama teringat adalah masa depan dan ape dah nak jadi ngan aku ni. Beribu soalan ditanya², maka berikut adalah temubual dan beberapa soalan yang sering ditanya dan dijawab oleh diri aku hari² yang ingin dikongsi bersama.

Jemay: Oi Azman, pekabar?
Azman: Baik baik...baru bgn tido ni..ko?
Jemay: Ouhh aku pon baru bgn tido gak ni...ko baik aku pon baik aah

Jemay: Hmm ok, adakah anda puas/gembira dengan hidup anda masa kini?
Azman: Tak sangat, tinggal berjauhan ngan kawan², famili dan sedara, bidadari adalah amat sukar. Lame dah tak beraya dan hadir majlis kawin. Rasanya amat selfish. Anak sedara sendiri pon x penah jumpa, abg kawin pon x pegi. Teruk bro.

Jemay: Bape lame lagi anda nak lepak kat Ozi yg bosan ni?
Azman: Eh eh? tahu gak ko ozi ni bosan ye. Tah ar, a.t.m, aku stuck kat sini sbb tunggu PR tak dapek² lagi. Sian si bidadri tu duk ulang alik utk update bridging visa. Dapat je PR, zooomm aku nak cabot, kawin sepam, pastu after 2 years dtg smule ozi ngan bidadari..perkkk baru bermakna hidup kat sini. ;) ;)

Jemay: Dimanakah anda nampak diri anda dalam masa 2 tahun dari sekarang?dan 10 tahun akan datang?
Azman: 2 tahun: Keje di Brunei baru kawin time tu. Ceewahhh.... 10 tahun? Stil in grey area. Tah aa macam² mende bley berlaku. Kene pilih antara Malaysia, Brunei dan Australia.

Jemay: Adakah anda rasa diri anda bijak dan genius?
Azman: Genius tak aa, bijak sikit² kot, tu pon tgk mood nak jadi bijak ke tak. Tapi what is really matter is how you plan to survive.

Jemay: One word describe yourself?
Azman: CHARM...ceeewahh perasan..tak tak...aku describe diri aku as LUCKY. Sbb bila pikir balik, ape yang aku nak semua cam datang sendiri tanpa usaha 100% dari aku sendiri. Macam tibe² je jatuh ke riba.
Jemay: Eh tapi ko Charm gak per? (puji ko puji aku gak, ehehe) neway, pepatah melayu describe yourself?
Azman: Pelan pelan kayuh. Aku ni slow dalam bertindak. Hesitated camtu, takde confident sgt...kekadang buat² confident pon ade gak.

Jemay: Anda suka dengan kerjaya anda (IT)? apakah cita² anda masa skolah dulu?
Azman: IT kat Aus ni bley cari makan, aku sbenarnyer x kisah sebenarnyer keje ape asalkan hati hepi ngan keje dan duet masuk so ok la. Cita time kecik² nak jadi penyanyi...baru sedar sbenarnyer suara aku ni x sedap. haha

Jemay: Apakah yang anda dapat setelah bekerja hampir 18 bulan di negara Australia?
Azman: Dapat duit aa kot, dan kerja dgn mat saleh ni bley tahan karenah. Depa ni pemalas gak, suka sembang² time keje buang mase. Tapi time buat kerja, derang buat betul² supaya tak buat keje dua kali. Rata² derang tak suka bau sardin/seafood tapi kalau bacon, macam jumpe harta karun yang bley makan. Ade ke patut dierang kate aku makan cat food??padahal sardin...ceit. Mereka suka berlawak tapi aku rase kekadang takde aa lawak pon (maybe aku x paham lawak
derang). Selama 18 bulan bekeje aku buat² gelak je aa time mereka berlawak. Agak penat gak buat² gelak combo kene buat expression muka macam paham lawak tu.

Jemay: Bape byk dah keje yang penah anda buat kat Ozi ni?
Azman: Perk byk..cleaner dan pencuci jamban selama 2 taun, pengedar iklan dan akhbar bersama awek, contractor bina skolah bersama Zen, keje Domino piza, waiter kat kedai kari, coach softball budak skolah rendah dan kutip telor ayam. Semua keje bes aku suka. Duit byk aku ni boros beli mende pelik jee...last2 takde saving pon. But ok aa survive gak idup x mintak duit ngan mak bapak time student dulu2.

Jemay: Ape yang anda suka/tidak suka di negara Australia?
Azman: Suka: Golf course murah dan cun. Weather tak panas sgt. Income best.
Tak suka: Dah lama tak pi masjid. Kat Kelantan wajib 5 waktu jemaah. Kat sini mmg takde masjid. Mak aku pon tak berape hepi gitu. Makan pon susah gak, kat Gladstone ni satu je kedai kebab yang halal. Butcher halal tader. So kalau aku kehabisan stock halal, aku transform perut aku jadi vegetarian. And other thing, mat saleh is very poyo.

Jemay: Mende paling anda rindu skarang?
Azman: Mak kau!Hahahaha
Jemay: Uish..elok² sket bro, mak aku mak ko gak..
Azman: Ha'ah, tul gak tu..ok ok, Banyak! : Bidadari, Kampung Penambang, Jimi dan kiki, Cendol Pulut Tapai (CPT) tepi Balai Bomba kat KB. Perkkk!

*Pekene 5 mangkuk CPT baru puas ni.

Jemay: Wanita paling cantik dalam dunia?
Azman: Ko dan Elisha Curtbert (24, Girl Next Door, Wax House)
Jemay: Aku? Wanita?Jap, cek jap,...ehhh ko kot?
Azman: Hoi pesal tgk aku punye? oi!

Jemay: Manusia paling benci dalam dunia?
Azman: Hu huu mmg wujud. Mat Saleh ni cikgu aku time kat Perth dulu. Tahu je aa English aku tak credit beb SPM. Tunggang langgang time fly awal² dulu. Ya mmg struggle gile nak beli ticket bas pon tak tau nak cakap camne. Neway, time tu baru je halfway course tapi mamat gile ni dah suruh aku berhenti blaja suh aku buat course lain. Tak puas hati tul aku, siap antar surat kat mak bapak aku..mmg sedeh gile aa derang...tp time tu aku x booost abis lagi blaja dan tak fail pon lagi..final exam pon lambat lagi time tu. Ape tah perangai ended up takleh refund derang amek school fees yg almost AUD8k tu. Nasib baik mak aku sayang, die percaya kat aku terus aku bawak hati blaja kat Queensland. Sampai laa skang. Kalau ade pistol, mamat ni laa yang aku akan tembak tapi tanak kasik die mati, kasik suffer...huuuuu...tp aku rase cikgu tu cikgu favourite bidadari..opssi..

Jemay: Jika anda ditakdirkan dilahirkan dengan kekayaan dan kemewahan, dimanakah anda berada di masa ini?
Azman: Perkkkkhhh bes gileerr...aku mmg duk kat salah satu pulau aku punya. Keje aku mengira ikan dalam laut. Dan kalau ade change aku tangkap laa ikan tu. Hari hari berenang...uiyiooo bess besss..

Jemay: Perasaan anda bila menjadi bahan gelak kawan racist kelantan?
Azman: Rasict tak dapek dielakkan, samalah di mana ade keling di situ juga ade racist. Tapi aku tak terasa pon sbb aku bukan dilahirkan di Kelantan. Akunye slang pon takde aa bunyi kelantan, tapi ade gak budak sengal panggil aku 'Budu'?? tu gibbrish laa

Jemay: Adakah ada puas hati belajar di oversea?
Azman: Aku tak suka blaja walau di mana pon. Kelas pon slalu ponteng, dtg pon time nak exam sbb nak dpt tips exam. Tak tau puas hati camner? tapi bes gak kot tibe2 grad...hehehe..

Jemay: Perkara yang paling gila penah anda lakukan?
Azman: Aiseh apesal tanye soklan ni? Ade mmg ade, awek aku sendiri pon tak tau pasal ni. Abis dah big secret aku ni. Panjang citenye tapi aku ringkaskan la. Waktu tu time blaja kat UQ dulu. Ade satu malam jam 2am tgh keje cleaner kat uni, mase tu exam week. Tah setan genius mane tah masuk dalam badan aku, aku curik masuk dlm bilik lecturer aku, curi exam paper aku yang aku buat siang tadi. Copy jawapan yang betul dari paper org lain yang dah ditanda. Berpeluh dan menggetar aa time tu sbb akunye keje kene basuh jamban bukan patutnya berada di bilik lecturer. Time aku dengar ade org lalu kat luar, terus aku sembunyi senyap2. Kalau kantoi mmg mati keras laaa. Tapi result...Kezzzzzzzzzzooommm! Distiction babeeehh! Itulah kehebatan cleaner yang ade master key. Jgn jeles.

*Ada cerita disebalik troli.

Jemay: Banyak ke duit saving anda sekarang? Kenapa nak saving?
Azman: Duet byk masuk dan banyak kuar...keje pon tak sampai 2 taun lagi. Saving laa brade nak kawin ni! Luqzan dah kawin, aku pon nak gak...tak tahan beb.
Jemay: Tak tahan mende weh?
Azman: Tgk ko!
Jemay: Huh??

Jemay: Bende paling benci dalam diri anda?
Azman: Rabun warna. Penat fikir kaler ape kalau nak differ, tengok2 same je kalernye...org lain nampak kaler lain, aku nampak lain...

Jemay: Adakah anda akan jadi seorang bapak dan suami yang berjaya?
Azman: InsyaAllah aku cuba yang terbaik. Soalan ape jenis ko ni? macam laaa interview sbb aku nak kawin esok ni...amek ko! (sekeh kepala)
Jemay & Azman : Adoi!

Jemay: Dah laa malas aa tanya lagi. Gi aaa keje tu...aku nak tido. Aku nak interview aa plak kat blog geng2 lain yang takde idea nak post ape kat blog je. Bagus utk ko bace kat opis nanti.
Azman: Ok ok, aku dah lewat dah ni...Terima kasih Jemay.
Jemay: Sama sama daun keladi.


*Definition Jemay: Nama panggilan Azman dlm bhs kelantan.


Jemay suruh aku putarkan lagu ni kat blog aku:



Akustatik - OAG

Wednesday, December 10, 2008

Sepelet politik aussies

Hari ni aku terasa sket ngan politic mat saleh kat sini. Biaseknye aku tak kisah pon ape depa nak buat. Meh kite sembang politik sket.

Life Travel Gold Pass:
Ape makna? Travel advantage kepada former member parliments during their lifetime! Lifetime tu bro...ok berikut ape yg depa dpt:
  • An entitlement to a cap of 25 domestic return trips annually for former eligible parliamentarians during their lifetime. (main cap cam phone la plak)
  • Travel to be "not for a commercial purpose" (yeah, makan² angin)
  • Travel is by scheduled air, rail, bus, tram, ferry or vehicular service or on a combination of these scheduled services (naik la ko ape saje)
  • Travel is at the class determined for serving parliamentarians, currently First or Business Class. The Remuneration Tribunal determines the class of travel for serving parliamentarians (nak yang selesa saje)
  • Accrued Frequent Flyer Points to be used to offset future travel in line with government policy. Any Points used in this way will "count" against the entitlement cap (tak paham pesal aku tak bley ade Frequent Flyer tp depa bley)
  • Serving parliamentarians who become eligible for a Life Gold Pass, shall have it suspended until they retire from Parliament
  • The "legally married husband…or wife" of a Life Gold Pass holder is entitled to a cap of 25 domestic return trips. Each trip must be for the purpose of "accompanying or joining" the Pass holder (perkkkk kalau 5 bini dah meriah dah trips)

OKey...ni plak Departent of Finance and Administration Reports indicate that in the 6 month period between July to December:
  • Over $434,000.00 was spent on free travel for retired politicians and their spouses that hold life gold travel passes.
  • Over $71,000.00 was spent on free travel for retired politicians and their spouses that are not eligible to hold life gold travel passes.
  • Over $64,000.00 was spent on free travel, private plated vehicles and Comcar expenses for ex Prime ministers.

Hu hu hu kuat tul jalan derang ni. Neway, ni utk FORMER je baru...tu only for travel tak termasuk accomodations, allowance and what not. Dan kalau include the current parlimentarians? haa begini some of the figure you can see here. Amcam? Menarik...

Mende ni dah lame dah jadi issue sbb the amount they spend for those ppl are too ridiculous and unnecessary. I saw it in Today Tonight program the other day, mmg dasyat figure depa ni. Aku skang nak angin sket bukan ape, sbb smalam aku dpt emel from Public Service Commissioner:

"I wish to inform you that the Premier has requested that, unless exceptional circumstances apply, it is now mandatory for Government employees to use the Airtrain service when travelling to and from the Brisbane CBD and Brisbane airport on official business during operational hours of the service. This initiative is seen as a way to both reduce costs and the Queensland Government's carbon footprint.All staff travelling to and from Brisbane airport must ensure compliance with this policy which applies with immediate effect"

Valid grounds for exemption might include -
  • Value for money (eg where there are a number of people to be transported and the cost of a taxi service is less than that of the Airtrain service); (not relevant!kalau 3 ppl share in a taxi dah cheaper than airtrain!)
  • A significant quantity of goods are being transported in addition to personal luggage; (not relevant! aku cnthnye ade 1 luggage, 1 beg golf + hand carry, takkan nak usung ke hulur hilir ke station kan?)
  • The traveller is physically unable to use the train service. (hmmm??tak kira la, not relevant gak!)
Ouh every government employees are given a cab charge (swipe like a credit card je on official traveling ke mane² by cab) mmg mudah dan senang...tapi skarang nak kene naik tren? waduhhhh...semua ni sbb ape? sbb depa laa ni tanak kurangkan budget mewarh travel depa so kasik susah sama kami plak! beban kami yang tanggung! tak adil langsung!

Panas gak aku sbb petang ni fly to Brisbane ade meeting esok, daaaah kene kejo tren..ceit!

Yours Truthfully,
-Pekeje kerajaan yang emo-




Iklan:
*Selamat Pengantin Baru kepada Luqzan dan Sarah this weekend!!! Semoga majlis selamat dan lancar seadanya. Semoga berbahagia ke cucu cicit! Best tul aa aku nak kawin gak weh! eheh Ansar wakil kami dr Brisbane yang x dpt blk.

Wajah ayu si pengantin laki.

*'sepelet' = 'putar belit' dlm bhs kelantan


Wednesday, December 3, 2008

Ketidakpuashatian di Gladstone.


Ppl in Gladstone are rude.

Somehow I missed being in Cloncurry. I've discovered ppl in Gladstone randomly are rude. Not only in QAL but merata rata including in Woolies. Terlanggar troli depa sket pon nak gaduh muke monyok walaupon aku dah kate sori byk kali. Neighboor plak sengal, aku duk amek gambar view blakang umah die perasan amek gamba umah die sambil jerit 'dummy' (bodo) kat aku?? Aku rase mmg org kampong Gladstone ni lain sket aaar.

Ppl in QAL are dickhead.
This job betul2 cabar iman aku. My clients is mainly HR ppl, Engineer and Labourer. HR ppl is so-so they are ok, but labourer and engineer many of them really unprofessional to deal with. Kalau labourer tu paham2 aa maybe lack of education, but ni engineer? Aku mmg pandang tinggi kat budak2 engineer mmg hebat not only in education but otak derang. But dealing with mat saleh yg sememangnya 'dickhead' (keras kepala, sengal) mmg membuatkan aku frust ngan keje2 aku. It is not only me but my fellow mates too having the same issues. Buat blagak penat aku explain and propose stuff, but they ended up report to my manager saying im talking to much but no work? Wut the fudge?? Sori aa nak cakap byk2 kat derang. I am more working than talking. Ahah yg lagi bestnye my department (QAL Infomation Services dept) punye manager is engineer. Know nothing about IT but buat2 reti nak handle. Nasib baik our second boss (mmg IT base) ni byk cover for him and friendly giler (kaki mancing and have boat).

The job is more headaching.
The more I've learn new stuff, the more headache I've got. I think i am really really far off to be the guru yet. I love my job, something that im looking forward every morning, very excited! Somehow I feel like im not on the right IT track of what I wana do. Yep, SAP ouh SAP again..my dream job. Remember the vacancy SAP? yup will build the resume cantik2 hensem2 and apply them with sungguh2 this time. The starting pay is slightly lower than what i earn here, but for the future...kabooomm!!meletup! and demanding worldwide. And I am ready to be back in Brisbane in any time now. Finally I admit bosan weh seko² melayu kat sini. Probably working in Malaysia is more tension but in social life, easily can mix among the officemate. Bley buat kawan baik after office lepak2 pekene teh tarik main futsal same2 (correct me kawan2 if salah). But with mat saleh? pub pub pub mabok2 baru bley friendly.

Technical job is very very irritating. Especially when technical+facing with clients demands. Huhhhh menonggeng clients frust kalau mende derang nak tak menjadi. I think i am more ppl behind the stage doing the work rather than on the stage doing the show.

But no doubt the natural environments are a beauty for me. Tengok langit aku senyum, tgk bulan aku senyum, tgk air lagiii aku senyum. From the sky, water and trees lawaaa amat sgt, tu je la rakan kasik release jiwe sket. Kan best duk sini tanpa perlu keje tp duet masuk.. hehehe...

Si botak dan cable cablenya

Mende ni power oooo


Untuk cabot plate form for recabling...


My desks my crib

Off to Brisbane !
Nasib baik harini dpt gaji, sejukkk hati rasenye...and im off to Brissy this Friday-Monday. Driving there and hopefully will find my outboard engine for Telo Kuning. Abu budak segamat is there, very eager to challenge chip n putt (golf) with me. he he he ajak main tiga round in 3days cam real PGA Tour. Hehehe..Takpe, agak2 x puas hati next week aku turun Bne lagi. Will fly because have a meeting on Friday and spend weekend in Bne! Huuuu yeah I need to take it ezy to myself. Lama2 kang jadi gile keje ngan org gile.

Cathya later...