Sunday, March 8, 2009

Alert

Baru je plan nak explore Awonga Lake weekend ni. Skali Jumaat haritu tibe² dapat email:



Taktau laa how bad it's gonna be tapi namepon cyclone, dan ia menuju betul2 ke arah Gladstone.
Amaran dikeluarkan merata tempat, radio, suratkabar, berita dan juga mulut manusia.
Mark dan Rob kasitau la dulu 2006 Cyclone Larry mmg kuat gile. Cyclone adik bradik Hamish dan Larry ni boleh mencecah 225-280km/h, Bawang Merah pon tak bleh pecut camtu.


*Dijadualkan tiba pada 7am Mar 9. Esok pagi tu.


*Boleh tahan besar gak Cyclone Hamish ni. (East Side Cloud)

Ni salah satu amaran dari TV, makcik dalam tu kate,
"No one will know where Hamish will hit, but what we know it is huge, very very powerful". Lebih lanjut sila tengok 2min report ini:


Ni satu lagi live report from local mat saleh, ade ade saje.

Beberapa footage dari Cyclone Larry 2006:





Seram le jugak ni, aih...

Friday, March 6, 2009

Ingerris dan A

Tibe² blog dua kawan aku ni Joy dan Pipiyanpong cerita pasal bahasa enggeris dan kehidupan mereka, meh la kita sembang pasal topic yang sama.

Inggeris dan tadika.
Waktu dahulu aku sememangnya dungu tahap bapak pandir punya kalau sebut perkataan itu enggeris. Berbeza dengan dua abang aku, sejak tadika lagi dah dimasukkan ke skolah enggeris. Balik rumah dalam kereta berspeaking sahaja dgn mak aku, aku dalam kereta buat bisu je sambil berangan² nak beli ding dang. Sememangnya abang aku anak kegemaran dia. Tapi aku pon tak pasti sebab apa aku tak dimasukkan ke tadika enggeris seperti abg² aku. Yang aku ingat aku pindah randah tadika sebanyak 4 kali, sebab ape pon tak tau. Tak banyak yang aku ingat ketika tadika, hanya joget tarian asli depan tengku mahkota johor je yang ingat. Mungkin aku ni jenis pemalas untuk membaca buku enggeris. Nak suruh bace mmg kene sampai cubit sampai menangis nangis baca buku Peter and Jane by Ladybird.

Inggeris dan skolah rendah.
Aku tak brape ingat kenangan inggeris waktu skolah rendah sebab skolah rendah memang heaven gila main teng teng, belon acah, polis centri, gasing, cepeh dan tali getah skiping. Nasib baik UPSR aku dapat 4A.

Inggeris dan skolah menengah.
Aiseh ni yang paling ingat. Pelbagai formula digunakan oleh skolah untuk meningkatkan prestasi akedemi termasuklah bertukar kelas mengikut gred skor subjek. Contohnya tiba jadual Bahasa Inggeris, pelajar yang bijak akan masuk ke kelas hebat, manakala yang dungu inggeris akan dimasukkan ke kelas paling dungu bersama geng geng dungu enggeris lain. Kelas math je yang aku masuk ke kelas hebat (tu pon bukan paling hebat), tibanya waktu inggeris kepuuumm ke kelas dungu. Macam biasa laa kelas dungu ni di ajar oleh guru yang paling bagus dan garang seperti Cikgu Baktiar. Fuhh brader ni besar badannya coach rugby yang grad dari UK. Suara lantang ajar budak cam nak makan budak. Kelas inggeris yang biasanya sejam dirasakan macam sehari! Kepala tunduk 180 degree sampai sakit tengkuk sebab takut. Kalau boleh nak je masuk dalam laci meja, nasib baik tak muat. Dah la tu, nak pegi jamban pon takut nak mintak izin sebab kene speaking mintak permission, 'Sir, Can i go to the toilet please". Tu pon ketar² kene rehearsal dulu sebelum angkat tangan.

Waktu skolah dulu aku layan lagu Nirvana. Lirik semua aku hapal senang je. Tapi bab² menulis ni mmg aku fail. Kene gak gelak kat member sbb aku conteng 'Pang not death' (Punk is not dead) kat buku teks. Ingatkan dah rockers sangat la tu. Ouh ya, baru teringat macam mana PMR aku boleh dapat A. Berkat kamcing aku kat mamat Zuhadi ni yang duduk depan aku dalam dewan, die telah hulur kertas exam kasik aku tiru setiap mata subjek. Aku doakan dia selamat sejahtera seumur hidup beliau, amin. Terkejut beruk jugak la cikgu enggeris ketika tu tengok aku dapat A. Aku pon bleh ah kononnya belagak hebat untuk guna tektik tiru skali lagi untuk SPM. Malas ulangkaji menjadi². Akibatnya, ketika dalam dewan peperiksaan, aku tak ingat sebab apa tak dapat guna ilmu skil tiru aku. Terus P6 result english SPM aku, cambridge plak fail. Subjek lain² pon teruk kecuali berjaya dapat A dalam bahasa melayu, agama dan math asas. Itu maknanya aku masih kuat agama, masih berkulitkan melayu dan bergeliga mengira duet saku harian.

Inggeris dan universiti.
Lega bila aku dapat offer masuk UTM skudai. Mana tidaknya bahasa rasmi universiti tu adalah bahasa melayu 100%. Senyum. Tak payah kerah otak ngak transelit kepada bahasa enggeris dalam mana mana assignment. Sedang best blaja tiba² mak aku campak ke bumi Ostolia ni. Mak aku tahu kot english aku ni amat sampah.

Memang tak dinafikan memang seram nak mati bila awal² jejak ke bumi omputeh ni. Takda kawan atau sedara plak tu. Blasah je speaking. Kamus dwibahasa memang menjadi kitab aku. Blasah transelit bulat². Penah jugak lagi kene gelak bila aku cakap, 'I have to remove house again'. (dalam bahasa melayu, 'Kene angkat rumah lagi', aku nak ckp "kene pindah rumah lagi"). Kemunikasi skill aku bagaimanapon semakin tajam kerana bergaul dengan org² yang tidak bercakap bahasa melayu. Tapi penulisan skill masih sampah, budak darjah tiga lagi hebat. Aku boleh katekan tahun pertama di pre-universiti kat sini akulah Azman paling rajin dalam dunia. Tak paham sket tgk kamus, rajin bertanya dan tak takut untuk berinteraksi. Alhamudillah lepas pre-uni. Di university plak paling aku sakit jiwa bila time buat assignment. Perkkk memang kene karang bahasa melayu dulu, pastu bukak kamus translet bulat² pastu baru betulkan grammar. Tapi slow² dgn tunjuk ajar cikgu handalan english aku iaitu bidadari si jambu, skil penulisan menjadi senang sampai la sekarang dah rasa ok. Blom handalan tapi sekadar ok.

Inggeris dan pekerjaan.
Perkkk..memang tak dinafikan kerja aku ni memang perlukan skill kemunikasi yang tahap handalan. Yerla, kekadang nak explain kat client tu kene guna simple english, tak bley guna term IT sangat. Kene plak tempat kerja pertama aku kat ulu Cloncurry. Takde orang melayu langsung. Orang tempatan mmg slang koboi abis, contoh komunikasi inggeris mereka seperti di bawah:

Koboi A: Howdy moit, boh thay faken loot tut thay hey.
Koboi B: Ya moit blowdy tollt otu.
Koboi A& B: hohohoho (gelak besar)
Aku di sisi: HOhohoho (gelak besar gak tapi apeee jaadaahhh derang cakap pon tak paham!)

Boss cool aku, Peter memang banyak tolong aku dari segi profesional communication dan jugak aussie term. Aku doakan die supaya bahagia selalu di bumi Cloncurry tu.
Memang lain tempat lain slang. Aku dapat kesimpulan kalau nak bertutur dgn mat saleh kampung, kene murmured (cakap style tak bukak mulut) baru mereka paham. Kalau cakap clear english mmg mereka blank. Pelik. Kekadang aku TERkeluar perkataan melayu pon derang bleh paham. Itu lagi la ajaib.

Tak semua mat saleh terrer dalam penulisan. Sukahati sungguh bila omputeh tanya aku camana untuk eja sesuatu perkataan. Hehehe..dungu gak english dierang ni. Tapi bab communication mmg handal ah.

Begitu lah hidup aku dan enggeris. Lagi sebulan akan kembali ke tanah air. Yang pasti aku mesti rindu bahasa enggeris.


*tertulis di ujung kanan "10/95" (harga 10.95), "tarikh 7/02/2001".


*kamus posing di bilik tido (abaikan background)


*wajah terkini sifu yang jambu.

Wednesday, March 4, 2009

Checklist

Ouh yeah. 2 minggu lagi abis keje, pastu sminggu mak bapak datang sini. pastu 3 minggu organise barang², pastu chan chin chow to Malaysia!!

Pindah² ni memang leceh, lebih² lagi tempat jauh jauh. Tapi aku rase ok kot dah biasek pindah². Asalkan tepati timing, semua pasti ok.
  • Advertise room to find replacement. (nak bond semula)
  • Advertise barang yang tak perlu bawak balik Brisbane. (boat, monitors etc)
  • Book holidays rental kat surfers paradise utk mak bapak
  • Apply holidays visa utk mak bapak
  • Plan percutian mereka
  • Advertise Bawang Merah
  • Service/Road Worthy Bawang Merah
  • Merantau semua lake kat Queensland.
  • Advertise barang² (kayak, projector, etc) kat Brisbane.
  • Packing and get quote from shipping company
  • Tutup bank account
  • Sayonaraaaaa
Perkkk memang penat ni. Tapi takpe, duk Malaysia sure relax lepak kampung senyap² layan drama melayu puas².

Tuesday, March 3, 2009

Lagi Golf dan A (part 2)...becoming pro

Pro.
Becoming pro wak lu! hahaha..hilang akal ke hape pro? dah aku kate dulu golf ni sebijik bagaikan mencengkup guli gunakan chopstick. Perlukan latihan gigih, consistant dan focus. Dan uwang jugak..takde duet pon takbley jadi pro. Tu je beza, cuma guli bleh je beli seposen kat kedai Che Wan Tompok je. Penah jugak aku usha dulu berangan konon nak try amek pro course, and their cost are from AUD30k-45k a year! Inclusive club memberships, tournament fees, in class learning and course and what not. Jadinye biar je ah angan² sahaja.


Training snd bhd.
Lepas dah geng² semua balik Msia for good. Aku amek peluang untuk belajar sendiri je la. Pindah rumah ke Oxley yang hanya 500m dari Oxley Golf Club. Jadi membership kat sana tak mahal, AUD350 peryear for student. Memang heaven ah, celik mata pagi² turun bantai golf, balik rumah tengahari untuk makan pastu petang turun lagi. Ngam² time tu ankle aku tgh recover jadi ade baiknye tak main bola utk sementara. Malam plak tgk video² pelajaran golf yang beli dari ebay dan sebelum tido main satu round Tiger Wood ea Sport game. Weekend plak kekadang join club tournament berentap ngan mat saleh² yang kekadang ada gak yang handal gile, dan ade jugak yang buat² handal padahal sengal je. Dapat official 18 handicap by AusGolf where you can monitor online your score and performance via their website. Menarik.



TSM Charity Golf Melbourne 2005.
Untuk kali pertama Tan Sri Muyidin Yasin and crew anjurkan TSM Charity Golf di Melbourne. Time tu takde official handicap lagi. Main pon tunggang langgang. Moonah Link golf club mmg cun dan tenang jauh dari bandar Melbourne. Aku bernasib baik time tu event stableford partner ngan anak Tengku yg agak hebat. Aku tumpang menang dapat no 23 kot. Tapi that event berjaya collect dalam AUD40k dan diserahkan kepada kelab² pelajar di Australia.



TSM Charity Golf Gold Coast 2006.
Kali kedua event ni diadakan di GC. Kami le yang menjadi host untuk event tersebut. Event selama 3 hari berjaya diadakan oleh crew kami. Great job! Kali ni performance golf aku dah ok dah tak carca marba tapi masih jugak tak berjaya menang hadiah ape². Biasek la host mane bley kasik menang, kasik chance laa kan (lame excused).


*Bergaya ngan trophy orang lain. HEehe

TSM Charity Golf Auckland NZ 2007.
Kali ni aku dah ade official handicap 18. Dengan golf set baru yang berteknology tinggi, aku berjaya dapat no 3. Dapat la sebijik henfon LG dan trophy. Henfon tu aku kasik bapak aku, tapi tak sampai sebulan dia pakai dah kene rembat. Kat masjid plak tu kene rembat. Sian bapak aku baru je hepi dpt henfon ade camera. Dalam byk² course, ini la course paling lawa dan owner by Malaysian. Remark of the tournament bile ada satu lobang par 3 menawarkan AUD800 sape dapat hit closest to the pin. Aku dah paling dekat dah sengih sepanjang course lepas tu. Skali ade plak other competitors lagi dekat...ceet..but it was fun course. Terhasil jugak usaha training gigih selama ni dapat no 3.




*Junior dak SEMSAS dulu, Alif Shah kiri skali
(adik Ahmad Shah) satu flight golf ngan aku.



Golf dan pelajaran.
Tiba² final year uni terasa menarik plak golf ni untuk dijadikan thesis. Jadi aku buatlah thesis bertemakan "Biomechanical of Golf". Basically research tentang bagaimana technology in golf enhance the performance. Banyak yang aku blaja pasal golf tu dan tak kurang jugak duet aku melayang beli gadget² golf yang sememangnya aku tahu mmg bagus. Sampai driver baru beli terus bawak tido, tak tipu beb. ahaha. Tak kurang jugak company² yang nak perdayakan golfer dengan advertisement die je. Barang tak bagus mane pon. Tak penah² aku rase rajin gila dalam pelajaran macam ni. Terus aku skor subject tu tanpa meniru jawapan orang lain seperti kisah dulu.

Golf dan kenalan.
Aku akui golf ini mmg permainan orang kaya kat Malaysia. Contohnya time aku buat treatment ankle kat hospital kelantan dulu, terkejut beruk si doctor tu bila aku ckp kaki aku sakit bila main golf. Terperanjat dia seumpama aku beli jet dan mendarat kat stadium darul naim je. Dalam tournament TSM tu, ramai jugak aku kenal Dato² dan Tan Seri yang mereka tu baik baik belaka. Contohnya time TSM kat Auckland tu, main satu buggy dgn CEO IJN (institute jantung negara). Rupanya dia tu asal kelantan dan ramai orang² kampung aku yang die kenal! ahah kelakar gak. Aku rase mmg golf ni mmg game yang sememangnya bagus utk social. Yela biaseknye kalau jumpe dato atau org kebesaran ni takde idea nak borak pasal ape. Tapiiii kalau dierang main golf, fuhh boleh borak pasal golf cam dulu² penah main tengteng je akrabnya.

Banyak dah ni celoteh pasal golf. Kene bukak blog baru ni pasal golf. Hahaha confirm takde org nak bace. Aku amat hargai sape² yang ajak aku main golf. Yang pasti nanti balik Malaysia aku nak ajak si Norizam dan Wan Sham main smula untuk aku buat comeback! hehehe..Sape² nanti kat Brisbane/Msia nak ajak main golf meh la. Nak blaja pon boleh. Oraits...tamat penceritaan golf..

Monday, March 2, 2009

Weekend yang malas

Weekend lepas bosan gile, weekend malas aku. Nak mendayung sambil memancing pon malas. Weather pagi mmg sejuk stim je tido. Tapi bila dah tengahari bapok la panas dah humid. Daun dan pokok pon tak goyang tiup dek angin. Tgk bola replay chelsea vs wigan pon bosan gile game, lagi menarik tgk Kelantan FC main. Austar ni plak tak tayang replay game² lain. PC game plak amat ketandusan skarang ni, nak download plak dah nak abis quota kang bising plak si Mark dan Rob (housemate) tak dapek main WOW (world of warcraft, game paling bacin bosan).

Nasib baik Phil ajak pi pantai mandi manda dan mancing tepian sungai. Lama jugak tak turun Tanum Beach (pantai berhampiran). Takde la lawa cam aku pegi dulu, tak ramai orang plak tu. Mungkin sebab takde ombak, maka takde la org nak surfing dan surfboarding. Laut agak tenang. Air plak masin gile. Hehe tapi ok gak chill je dalam air yang agak jernih.

Camera membawa jinx?
Ha ni adalah kepercayaan baru aku. Time pegi mancing kalau bawak camera mmg jarang dapat ikan, tak pon ikan ciputet je. Tapi smalam bile aku tak bawak camera, 3 ekor ikan beso bley tahan plak dapat. Dan ketam banyak gile. Aku baru tahu Mud Crab tu bukan ketam batu. Wajah dan warna sama cam ketam batu, besar dan gagah. Ceit kalau tahu dah lame aku cebur bidang crab poting ni. Senang je nak tangkap ketam ni. Neway, ikan smalam aku bakar je dalam oven. Ikan air tawar memang lembut dan sedap.

ahh gile bosan entry ni...korang sambung la sendiri..malas ah sambung

Friday, February 27, 2009

Golf dan A (part 1)

Aku amat berbesar hati kerana memilih golf sebagai part-time kehidupan selama ni. Memang golf memerlukan skill yang tinggi. Aku dah tengok dah orang yang hebat main criket, hoki dan squash yang mana memerlukan skill tangan yang tinggi. Tapi bila pegang batang golf, memang tak tau nak buat camne. Ibarat guna chopstick untuk amek guli. Golf memang susah. Meh kite borak pasal pengalaman golf aku.

Perkenalan bersama golf.
Bermula ketika zaman mahasiswa di UQ dulu tak silap aku tahun 2004 kot. Ketika tu kami (Adnan, Denise, Luqzan & Sarah) tibe² berbakar semangat nak belajar golf kat St Lucia golf course. AUD80 dolar untuk 4 lesson group of 12 ppl kalau tak silap. Pertama kali main full course kat situ memang kelakar. Siap amek gambar posing², rasanya luqzan ade amek video skali kot. Hahah. Semua budak takde golf set lagi. Tu lah bagaimana kecimbung dalam golf pada peringkat awal.

Pencen awal.
Adnan mungkin tibe² rasa belum masa utk aktif dalam golf sebab die tgh gila bola time tu.
Denise plak tah aa tibe² sepi. Mungkin sibuk blaja kot.
Luqzan & Sarah - haa meh kite sembang sket. Ketika tu kami main di Victoria Park GC. Satu lagi course untuk beginner kerana course agak mudah dan murah. Di Australia ni main golf satu round 18holes range harga dari AUD19 - AUD100. Tak mahal, disini la aku ambil peluang terbaik develop golf skills.

Ok sambung cerita depa dua orang ni. Pada satu hole par 3 ni, kami baru je abis putting dan baru je nak blah ke next hole. Tibe² aku dgr org kat tee off dah pukul...ape lagi masing² tunduk sambil kaver kepala la. Tibe² 'Tiiiuunnggg, Keleeekukkk!'.."Adoih!" kami masing² tgk muka masing² sape yang kena..skaliii itu kapla Sarah jugak laa kena. Perkkk direct hit tu ke kepala. Lukzan dah tak senang diri dah. Nak maki² mamat sengal tu tapi agak jauh. Sarah dah nangis dah time tu (can imagine sakit gilee woh). Bila dah setel down sikit, sambung abiskan holes..rugi sbb dah bayar nangis² pon main jugakkk.. Hehehe..Dan sejak itu Sarah dan Luqzan retire sbagai part time golfer. Fobia katanya. Maka tinggal la aku sekontengnya.


*Wajah riang ria mangsa sebelum kejadian.

Geng Baru.
Ketika bareque welcoming student, ade terjumpa brader Staff Petronas ni, Norizam namanya. Memang berpengalaman lama dalam arena golf. Die tu pon baru sampai Brisbane utk project venture dgn Axon Mobil kat sini. Dia pon mencari kaki golf. Maka aku la diajaknya. Dan ketika tu jugak Doctor specialist, Dr Marlizan pon baru nak berjinak sama. Ouh ada lagi sorang, Abang Khalid, yang memang dikenali dengan pakar kemasakan dan suka social merapu kekadang.

Roti canai dan golf.
Ok set date utk main 18holes, Victoria Park skali lagi dijadikan pilihan utk kami berempat. Victoria Park mmg dikenali bukit bukau. Dan main golf memang ambil masa lama...ade dalam 4-6jam jugak nak abiskan satu round. Setibanya separuh round (hole 9). Penat dan lapar gila dah ni. Tibe²..

"Ehh aku ade bawak makanan sikit ni, meh laa kite makan dulu." kate A.Khalid ni.

Kami yang tak cakap byk setuju sahaja. Skalii die bukak beg makanan dia...rupanya roti canaiii!! Ada kariii lagi tu! Perkkkk...kami pon melantak roti canai berpicnic laa plak tepi padang tu. Orang lalu lalang tengok je kami duduk bersila sambil pekene roti canai tak ingat dunia. Hahaha. Itu laa awal² dulu tak tau rules, main blasahhh jeee berhenti makan camtu. Last² marshal course tu dtg sound kami sbb melambatkan/menjejaskan permainan org lain. ahaha..kelakar siot time tu..roti canai punye pasal.


*Doc dan juga Brader Norizam sblm pekene roti canai.

Lagi geng baru, skins dan stablefoult.
Terjumpa pulak rakan baru, Wan Sham namanya. Badan kecik tapi badan berketak. Pukul bola zooommm terbang melayang bagaikan helang. Handalan jugak, kincapung dalam golf sejak kecil didikan bapak. A.Khalid ketika tu dah tak join dah kami, pencen menumpu sepenuh masa ke arena masakan la agaknya. Kami, Dr Marlizan (d0c), Norizam, WanSham dan aku menjadi rakan golf main setiap minggu. Di situ la aku blajar betting dalam golf, skins dan stablefoult. Betting bukan berniat nak dapat duet. Tapi dengan adanya betting, performance golf akan naik kerana semangat nak bid on each holes. (halal betting namanya ni, sah dihukum agama). Strategy pon kene ada dalam skins dan stablefoult ni. Memang menarik golf ni. Makin aku cinta. Tapi time tu aku jarang sgt menang, balik² kene kitai dek Brader Norizam dan WanSham. Cam biasek kalau dah kene kitai tu, niat dihati hanya utk menimba pengalaman dan exercise je la. Tapi geng ni tak lama, WanSham dah abis masters, Doc dan Norizam plak dah abis project dan attachment. Derang pon pulang...skali lagi sekonteng aku ditinggalkan..tak sempat aku nak jadi terrer pastu kitai derang pulak..

Lagi Golf dan A (part 2)...becoming pro


Thursday, February 26, 2009

Sayonara Gladstone??

Resignation letter secara rasminya dah di hantar ke manager. Tarikh official bertugas bersama CITEC pada 18 Mac ini. Ade dalam 20hari je lagi! uih! Tak ramai lagi budak opis kat sini dan Brisbane yang tahu. Aku suruh manager aku je yang email kat semua org. Tak reti aku nak kasitau derang camne. Bleh tahan gak manager aku sedeh, siap pet pet kat bahu aku lagi tadi tuh. Tapi time aku aku tgh layan facebook! hahaha belassahhh aje.

Hmm kene start list down la ni bende² nak buat sempena penghijarahan fasa pertama ke Brisbane. Pastu kene plan fasa kedua penghijarahan ke tanah air. Pastu fasa ketiga penghijarahan ke luar Malaysia semula tapi di mana? haaa itu nanti punya cerita. Might open up a new blog again. Rase gile kejap je kat Gladstone ni start from 29September 2008 haritu. Walaupon kejap banyak gilee aku blaja pasal IT ni. Lebih² lagi Microsoft product. Dulu dgn Dept of MainRoads gune Zenworks product. Mmg bagus CITEC ni. Mane taknya mereka la yang incharge segala ICT govenment ni. Byk gak mende² sulit gomen yang aku ada access dari mailbox derang sampai la boleh remote tgk ape mereka tgh buat dan lagu ape derang tgh pasang. Nasib baik je aku tak pakai ketayap dan jubah pegi keje, kalau tak aku dah jadi dah terrorist.

Glastone ni pon tak sempat explore. Semua jenis ikan pon blum say hi. Aih dah start emo dah ni..baik aku stop.

Amek layan awie sepam:


Di Medan Ini - Awie